ARTIKEL

Program Qurban Jepak serlah perpaduan kaum

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Semangat perpaduan kaum yang menjadi asas keharmonian masyarakat Sarawak terserlah menerusi Program Qurban Perdana Aidiladha N.67 Jepak bertemakan “Bah Berambeh Telow – Melapah Lembu” yang berlangsung di Arena Petanque Jepak, semalam.

Menariknya, program ibadah korban anjuran bersama Pusat Khidmat DUN Jepak, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.67 Jepak serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum DUN Jepak itu turut mendapat sambutan hangat daripada masyarakat bukan Islam yang bersama-sama berganding bahu menjayakan aktiviti penyembelihan dan melapah daging korban, menjadikannya satu acara kemasyarakatan yang inklusif dan bersifat menyatupadukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee menyifatkan penglibatan pelbagai kaum dalam program keagamaan ini sebagai manifestasi jelas terhadap dasar kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berteraskan nilai perpaduan dan keterangkuman.

“Alhamdulillah, kita dapat lihat hari ini bagaimana semangat muhibah dan perpaduan kaum terus subur di Jepak. Kehadiran rakan-rakan bukan Islam, termasuk pemimpin masyarakat seperti Pemanca Gerunsin Jubin dan Penghulu Chabi Mangup, menyerlahkan semangat saling hormat-menghormati yang menjadi kekuatan kita,” ujar beliau kepada media ketika ditemui di lokasi program.

Iskandar menyertai gotong-royong melapah dalam Program Qurban Aidiladha N.67 Jepak “Bah Berambeh Telow – Melapah Lembu” di Arena Petanque Jepak.

Tambah beliau, penyertaan masyarakat pelbagai latar belakang dalam program keagamaan seperti ini mencerminkan satu bentuk kebersamaan dalam kepelbagaian, yang merupakan ciri istimewa masyarakat Sarawak secara umumnya dan Jepak khususnya.

Menurut Iskandar lagi, program seperti ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara penduduk pelbagai kaum, tetapi juga memberi peluang kepada masyarakat bukan Islam untuk memahami serta menghargai nilai ibadah korban yang diamalkan umat Islam sempena Aidiladha.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Premier Sarawak atas sokongan berterusan kepada wakil rakyat dalam melaksanakan program kemasyarakatan, sekali gus memperkukuhkan agenda perpaduan yang menjadi tunjang dasar kerajaan negeri.

“Kita akan terus memperluas penganjuran program seperti ini, bukan terhad kepada Aidiladha sahaja, tetapi juga semasa sambutan perayaan lain seperti Gawai, Tahun Baharu Cina, Krismas dan sebagainya.

“Pendekatan inklusif ini akan memperkukuh lagi keharmonian dan integrasi sosial dalam kalangan rakyat,” tegasnya.

Sebanyak sepuluh ekor lembu telah dikorbankan dalam program tersebut untuk diagihkan kepada 26 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan 390 orang asnaf serta golongan B40 di DUN Jepak.

Program ini turut memberi peluang kepada masyarakat yang belum pernah terlibat dalam ibadah korban untuk merasai pengalaman dan manfaatnya, dengan setiap ekor lembu dibahagikan kepada tujuh bahagian yang dinamakan atas nama-nama individu terpilih oleh penghulu dan ketua kampung.

BERITA LAIN

Pengurus klinik ‘jadi bilionair’ selama sejam

KUCHING: Seorang pengurus klinik, Wan Mohd Fairuz Wan Zainal Abidin, 33, terkejut apabila baki akaun banknya tiba-tiba memaparkan lebih RM1 bilion, sekali gus memberinya pengalaman

Pengurusan kewangan Sarawak dipuji

KUCHING: Penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat Masa Hadapan mencerminkan pengurusan kewangan berhemat Sarawak dalam menjamin kestabilan fiskal negeri serta kepentingan generasi akan datang. Ahli Dewan Undangan

BERITA TERBARU

Pengurus klinik ‘jadi bilionair’ selama sejam

KUCHING: Seorang pengurus klinik, Wan Mohd Fairuz Wan Zainal Abidin, 33, terkejut apabila baki akaun banknya tiba-tiba memaparkan lebih RM1 bilion, sekali gus memberinya pengalaman

Pengurusan kewangan Sarawak dipuji

KUCHING: Penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat Masa Hadapan mencerminkan pengurusan kewangan berhemat Sarawak dalam menjamin kestabilan fiskal negeri serta kepentingan generasi akan datang. Ahli Dewan Undangan