ARTIKEL

Peserta bergambar kenangan sejurus selesai program.

Program SAKTI perkasa literasi kewangan komuniti luar bandar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak, dengan kerjasama YES Sarawak dan Ibrandium Resources, telah menganjurkan Program Sedia Akaun Kendiri, Tabung dan Ilmu (SAKTI) di Betong pada 24 Mei lalu.

Program ini bertujuan memperkukuh literasi kewangan dan pemerkasaan digital dalam kalangan komuniti luar bandar, sejajar dengan matlamat Dasar Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 yang memberi tumpuan kepada pembangunan masyarakat secara inklusif dan berdaya tahan.

Ketua Pegawai Eksekutif AZAM Sarawak, Ali Suhaili, berkata program tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan AZAM untuk membantu komuniti memahami dasar kerajaan dengan lebih dekat dan berkesan.

“Program ini sejajar dengan misi AZAM untuk memperluas pemahaman terhadap dasar-dasar kerajaan serta memotivasikan masyarakat menjadi ejen pembangunan.

“Keberkesanan komunikasi strategik melalui pendidikan kewangan di peringkat akar umbi membuktikan komitmen kami dalam memperkasa komuniti,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Timbalan Residen Betong, Hamdan Katang, menyifatkan inisiatif tersebut sebagai pendekatan proaktif yang wajar dicontohi, khususnya dalam usaha memperkasa komuniti luar bandar.

“Kerjasama strategik antara agensi, komuniti dan golongan belia seperti ini jelas menunjukkan bahawa kita mampu melahirkan program yang bukan sahaja bermakna, malah mampu mengubah cara fikir masyarakat terhadap pengurusan kewangan,” ujarnya.

Presiden YES Sarawak, Melvin Jangga, pula berkata program kali ini lebih istimewa kerana buat pertama kalinya Program SAKTI dan SUPEWANG dilaksanakan secara serentak oleh AZAM Sarawak.

“Saya berbesar hati menerima maklum balas positif daripada para peserta. SUPEWANG kini memasuki pelaksanaan kali ketiga di bawah pimpinan Afiq Khatem, dan tahun ini merupakan kali pertama ia digabungkan dengan Program SAKTI.

“Sinergi ini jelas memperkukuh impak kedua-dua program dalam membina kesedaran kewangan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Program SAKTI merupakan satu usaha berterusan AZAM Sarawak dalam mendekatkan dasar pembangunan kepada masyarakat, khususnya melalui pemerkasaan kewangan dan digital dalam kalangan komuniti luar bandar.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU