ARTIKEL

LALUAN… Laluan bas ulang-alik sempena program Sarawakku Sayang 2026.

Program Sarawakku Sayang 2026: Pengunjung disaran guna laluan alternatif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Orang ramai di bandar raya ini dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal berikutan penganjuran Program Sarawakku Sayang 2026 Bahagian Miri yang akan berlangsung dari 24 hingga 26 April di Stadium Terbuka Miri.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, Mohd Farhan Lee Abdullah, sepanjang tempoh program berlangsung, tiada penutupan jalan secara menyeluruh dilaksanakan.

“Namun, kawalan lalu lintas akan diperketat bagi memastikan kelancaran pergerakan kenderaan serta keselamatan pengunjung,” katanya dalam kenyataan.

LALUAN… Laluan perjalanan program Fun Walk Ahad ini.

Mohd Farhan berkata majlis perasmian program dijadualkan pada 25 April jam 10.30 pagi di Stadium Terbuka Miri.

Beliau berkata hanya kenderaan yang mempunyai pas dan pelekat khas dibenarkan memasuki kawasan acara di bawah kawalan pihak trafik.

Sementara itu, katanya, penutupan dan lencongan jalan akan dilaksanakan sempena program Fun Walk yang dijadualkan pada 26 April, bermula jam 6.30 pagi hingga 9.00 pagi.

“Acara tersebut akan bermula dan berakhir di Stadium Terbuka Miri.

“Antara laluan yang terlibat termasuk Jalan Bintang, Bulatan Kipas, Jalan Kipas, Jalan Sylvia, Jalan Merbau, Jalan North Yu Seng dan Jalan Merpati sebelum kembali ke lokasi penamat di stadium.

“Beberapa jalan dan simpang utama turut ditutup serta dilencongkan sementara, termasuk susur keluar Masjid At Taqwa, simpang Jalan Persekutuan, Jalan Merdu, Jalan Post, lampu isyarat Jalan Sylvia dan Mega, serta beberapa simpang di sepanjang Jalan North Yu Seng dan Jalan Masjid,” katanya.

Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya agar mematuhi arahan petugas trafik serta memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan kelancaran perjalanan program.

Orang ramai, katanya, digalakkan menggunakan laluan alternatif seperti Jalan Krokop, Jalan Jee Foh dan Jalan Pujut Miri bagi mengelakkan kesesakan.

“Pengunjung dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal serta menggunakan kemudahan parkir di kawasan Boulevard dan Pelita Tunku yang disediakan dengan perkhidmatan bas transit percuma ke Stadium Terbuka Miri.

“Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Miri di talian 085-430479,” katanya.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan