ARTIKEL

Program subsidi lebih sistematik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Perpaduan perlu segera melaksanakan sesi libat urus dan penerangan yang lebih intensif serta sistematik bagi menjelaskan kepada rakyat mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar.

Ini susulan masih ramai rakyat belum dapat menerima atau memahami sepenuhnya program subsidi bersasar yang sudah atau mahu diperkenalkan oleh Kerajaan Perpaduan menerusi inisiatif ekonomi Madani.

Kumpulan penyelidik tersebut menekankan bahawa kerajaan Persekutuan mesti memberi perhatian terhadap isu tersebut dengan segera mengatur libat urus bagi mendengar sudut pandang penting masyarakat ke atas perlaksanaan program berkenaan.

“Perkara ini disebabkan program subsidi bersasar merupakan perkara baharu dan responden telah sekian lama hidup bergantung dengan pelbagai jenis subsidi, yang menyebabkan ramai masih belum jelas mengenai kaedah perlaksanaan mahupun manfaatnya kepada negara.

“Ada sebahagian responden telah tersalah faham dengan istilah pelepasan atau pemotongan subsidi ini dengan menanggap yang tidak melibatkan mereka, adalah sesuatu tidak baik.

“Ia kerana telah tertanam dalam fikiran mereka sejak sekian lama bahawa subsidi adalah ‘hak’ rakyat yang wajib diberikan oleh kerajaan kepada semua golongan,” katanya dalam kenyataan media dapatan selidik UUM, semalam.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Naib Canselor UUM Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan; Pensyarah Kanan UUM Dr. Kamarul Zaman Yusoff, Dr. Zainudin Omar dan Dr. Mazli Mutazam; Pegawai Tadbir UUM Bakhari Che Mohamed Ariff; Penolong Pegawai Tadbir UUM Mohamad Azlan Yaakup; Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid dan Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Aminuddin Awang.

Mengulas lanjut, kenyataan itu memberitahu terdapat sebahagian responden lagi tidak mampu melihat kebaikan pelepasan atau pemotongan subsidi ini untuk jangka masa panjang, selagi penjimatan daripadanya tidak dapat dilihat atau diperoleh.

“Justeru, amat penting bagi jentera penerangan Kerajaan Perpaduan yang terdiri daripada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) serta kementerian yang terlibat secara langsung dengan program berkaitan memperkasa usaha bagi memastikan kefahaman dan penerimaan rakyat meningkat,” jelasnya.

Menurut kenyataan itu, perkara ketidakfahaman rakyat tentang subsidi bersasar terbukti apabila hanya 41 peratus menyokong kerajaan melepaskan sebahagian subsidi penggunaan elektrik, diesel (38 peratus) dan ayam (34 peratus).
“Selain itu, responden menerima rendah beberapa langkah reformasi percukaian bagi meluaskan asas hasil negara, termasuk menaikkan kadar Cukai Perkhidmatan kepada lapan peratus, tetapi tidak memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

“Ia dibuktikan hanya mendapat 49 peratus sokongan berbanding 41 peratus bantahan kerana maklum balas mereka mengharapkan langkah reformasi percukaian yang lebih mantap dilakukan termasuk memperkenalkan semula GST.

“Responden berpendapat kerajaan perlu bertegas demi kepentingan negara dan jangan jadikan kesusahan rakyat terbanyak, ketinggian inflasi makanan dan kerendahan kadar upah sebagai alasan,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU