ARTIKEL

Udin Bujang ketika berucap pada Majlis Penutupan Program Rakan Komuniti TEGAS.

Program TEGAS perkukuh penyampaian maklumat pendidikan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Program Rakan Komuniti TEGAS berperanan sebagai platform kolaborasi strategik antara Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) dan guru kaunseling sekolah menengah di seluruh negeri dalam memperkukuh penyampaian maklumat pendidikan kepada pelajar.

Ketua Pegawai Eksekutif TEGAS, Udin Bujang berkata, program itu berperanan sebagai platform bagi memastikan maklumat pendidikan disalurkan secara lebih tersusun, pantas dan berkesan kepada pelajar.

“Inisiatif tersebut adalah kesinambungan kepada Program Rakan TEGAS yang pernah dilaksanakan pada 2014 dan 2015, namun pendekatan ini dengan skala lebih menyeluruh sejajar dengan keperluan pendidikan masa kini.

Beliau menyampaikan cenderamata kepada Datuk Dr Jerip Susil.

“Program ini dilaksanakan secara berfasa mengikut zon, bermula di Sibu pada 2 dan 3 Mac, diikuti Miri pada 9 dan 10 Mac, sebelum berakhir di Kuching semalam dan hari ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Program Rakan Komuniti TEGAS.

Tambah beliau, peserta yang terdiri daripada guru kaunseling mengikuti sesi libat urus bersama TEGAS, Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak serta Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak terlibat sepanjang program ini.

“Justeru, mereka akan diberi pendedahan mengenai peluang pendidikan tinggi serta laluan pembangunan pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),” ujarnya.

Sesi bergambar selepas selesai majlis tersebut.

Dalam pada itu, pelibatan beberapa institusi pengajian tinggi turut memberi peluang kepada guru menilai kemudahan, program akademik dan laluan pendidikan yang tersedia untuk pelajar Sarawak.

“Pelaksanaan program tersebut selari dengan inisiatif Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) dalam memperluas akses pendidikan tanpa kekangan kewangan.

“Inisiatif ini membuka peluang kepada anak-anak Sarawak melanjutkan pengajian tinggi serta meningkatkan mobiliti sosial.

“Kekuatan program ini terletak pada jaringan kerjasama dan perkongsian maklumat dalam membangunkan generasi muda Sarawak yang berkemahiran, berdaya saing dan bersedia menghadapi ekonomi masa hadapan,” tambahnya.

Tegasnya, jalinan strategik itu akan menjadi pemangkin kepada usaha memperkasa pendidikan dan membuka lebih banyak peluang kepada pelajar di Sarawak. — ALESSANDRO SYLVA (Pelatih UNIMAS)

BERITA LAIN

BERITA TERBARU