ARTIKEL

MYTV…Abang Johari menyampaikan penyerahan dekoder MyTV percuma kepada wakil penduduk. FOTO: MOHD ALIFF NONI

Program TVS Prihatin buka mata masyarakat terhadap transformasi di Gedong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEDONG: Program TVS Prihatin yang diadakan di sini sempena sambutan Ulang Tahun Ke-3 TVS hari ini mampu membuka mata orang luar mengenai perkembangan terkini dan transformasi yang berlaku di Gedong.

Program yang disiarkan secara langsung menerusi YouTube dan TikTok TVS di seluruh dunia itu turut dihadiri lebih 1,000 penduduk di sekitar DUN Gedong termasuk dari kawasan berdekatan yang berkampung di Dewan Datuk Patinggi Ali, di sini.

Tinjauan mendapati, orang ramai datang seawal jam 7 pagi dan memenuhi reruai untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan, jualan dan promosi yang disediakan.

Malah cuaca panas tidak menjadi penghalang untuk orang ramai berkunjung ke reruai pameran inisiatif kerajaan yang disediakan sambil berhibur bersama-sama keluarga.

Sementara, program turut diserikan dengan kehadiran Premier merangkap ADUN kawasan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau telah menyempurnakan acara penanaman pokok di kawasan Masjid Al-Khawtar sebelum menghadiri program kedua yang diadakan di Dewan Datuk Patinggi Ali, sekali gus merasmikan penyerahan 300 dekoder MyTV percuma kepada penduduk DUN Gedong.

Melalui inisiatif TVS Prihatin, badan amal di bawah Sarawak Media Group (SMG), sebanyak 300 dekoder MyTV percuma diagihkan kepada penerima e-kasih agar mereka berpeluang menonton siaran TVS di Saluran 122 selain pelbagai lagi program menarik.

Inisiatif ini juga membuka ruang kepada masyarakat untuk mengetahui lebih lanjut situasi semasa dan memahami keperluan komuniti Gedong.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU

DENGARLAH

Dengarlah, Bukalah mata Dengarlah rintihan alam yang terluka Usahlah api menjadi keKasih yang membinasakan Usahlah kerakusan menjadi duri yang menikam masa depan Andai alam mampu

DI BALIK WAJAH KEMANUSIAAN

Di bumi yang kian hilang cahaya Manusia tenggelam dalam lautan kerakusan Demi takhta, harta dan kuasa Tergadai maruah, terpadam rasa Tangisan insan menjadi irama dunia