Program ‘Wai FM Nemuai Ngiling Tikai ‘ disambut meriah

SARATOK: Lebih 1000 orang telah hadir memeriahkan program anjuran Wai FM dengan kerjasama JKKK Rumah Chenggie , Brayang Roban di sini, Sabtu lepas.

Program selama dua hari bermula 21 hingga 22 Jun tersebut bertujuan memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk berkenalan dan mengenali lebih dekat juruhebah radio WaiFM Iban.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Saratok yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Krian, Ali Biju.

Dalam ucapannya, Ali berkata, program tersebut merupakan platform terbaik untuk menyalurkan maklumat kepada penduduk di kawasan luar bandar melalui ceramah-ceramah yang disampaikan oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat.

Ini termasuk ceramah kesedaran mengenai kebakaran dari Bomba, ceramah mengenai bahana dadah dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), mengetahui peranan dan bantuan yang disediakan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan dan Kementerian Hal Ehwal Pengguna serta banyak lagi.

Ali bersama yang lain mengulung tikar simbolik kepada penutupan rasmi sambutan Gawai Dayak 2019 untuk rumah panjang berkenaan.

Katanya, penduduk juga harus mempertahankan keaslian permainan dan adat tradisional di rumah panjang terutama melibatkan generasi muda supaya ianya tidak semakin dilupakan.

Dalam majlis tersebut, Ali telah mengumumkan geran sebanyak RM40 ribu untuk penduduk rumah panjang di bawah JKKK dan Biro Wanita mereka.

Program tersebut telah berlangsung pada sebelah pagi Sabtu dengan pengisian aktiviti senamrobik, sukaneka dan ceramah daripada agensi terlibat.

Pada sebelah malam pula, berlangsungnya pentas hiburan bersama penyanyi-penyanyi Iban dan hiburan daripada juruhebah WaiFM Bagi Iban.

Hadir sama dalan majlis tersebut, Ketua Penolong Pengarah RTM Zulkifli Mohamad.

Ali menerima tanda kenan-kenangan daripada pihak Wai FM Iban

Suara Sarawak