ARTIKEL

BERCAKAP... Abang Johari ketika berucap pada SUF 2.0 di Pusat Acara Hikmah Exchange.

Projek ART Modenkan Sistem Pengangkutan Awam Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pembangunan projek Transit Aliran Autonomi (ART) merupakan pelaburan bagi memastikan pergerakan rakyat lebih lancar, bukannya pembaziran wang, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, pengenalan ART bertujuan memodenkan sistem pengangkutan awam bagi membolehkan rakyat bergerak dengan lebih mudah dan cekap.

Abang Johari merasmikan SUF 2.0 di Pusat Acara Hikmah Exchange sambil disaksikan barisan tetamu kehormat yang lain.

“Tetapi, tetap juga ada pihak yang menyuruh kita untuk menghentikan projek ini atas alasan membuang duit.

“Kita bukan membuang duit, ini merupakan satu pelaburan demi manfaat rakyat dari segi pergerakan yang lancar pada masa hadapan,” katanya ketika berucap pada Forum Bandar Sarawak 2.0 (SUF 2.0) di Pusat Acara Hikmah Exchange, di sini, hari ini.

Abang Johari turut berkongsi maklumat daripada Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang berulang-alik dari Kuching ke UNIMAS kini lebih pantas.

“Susulan penyediaan jalan alternatif Jambatan Sejingkat sudah sedia digunakan, tempoh masa untuk ke universiti lebih singkat mengambil masa sekitar 25 minit,” ujarnya.

Mengulas lanjut, aliran trafik dari kawasan seperti Samarahan, Batu Kawa, Siburan dan Bau ke pusat bandar Kuching juga merupakan antara yang sesak.

Ia susulan harga rumah yang secara relatifnya lebih murah untuk dibeli di kawasan berkenaan berbanding di Kuching.

Jelasnya, tempoh perjalanan dalam lingkungan 30 minit masih munasabah sekiranya disokong infrastruktur jalan raya dan pengangkutan awam yang cekap.

“Kerajaan mempelbagaikan pembangunan infrastruktur dan memperkenalkan pengangkutan awam pintar, termasuk ART, bagi memudahkan pergerakan rakyat,” katanya.

Sehubungan itu katanya, rakyat juga boleh merancang perjalanan dengan tepat apabila pengangkutan awam ini sedia digunakan kelak.

“Saya diberitahu menerusi taklimat bahawa ART akan tiba di stesen setiap 15 minit. Jadi, orang ramai boleh merancang perjalanan dengan lebih teratur,” katanya.

Sementara itu, Abang Johari memberitahu pembangunan ART di kawasan HEEC mengambil kira sejarah pengangkutan di Sarawak – pernah menempatkan stesen kereta api pertama negeri ini.

“Sambil membangunkan pengangkutan awam moden itu, kita juga sekali gus memelihara warisan budaya yang dimiliki,” katanya.

BERITA LAIN

Kimi Selangkah Cipta Sejarah, Hanya Perlu Dua Mata

KUCHING: Kimi Antonelli kini hanya memerlukan dua mata untuk mengesahkan gelaran juara dunia Formula Satu (F1) 2026 selepas menghadiahkan kemenangan kesembilan musim ini buat Mercedes-AMG

BERITA TERBARU

Kimi Selangkah Cipta Sejarah, Hanya Perlu Dua Mata

KUCHING: Kimi Antonelli kini hanya memerlukan dua mata untuk mengesahkan gelaran juara dunia Formula Satu (F1) 2026 selepas menghadiahkan kemenangan kesembilan musim ini buat Mercedes-AMG