ARTIKEL

Pemaju Diminta Turut Menyumbang kepada Projek Lampu Isyarat di Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Pemaju yang merancang pembangunan baharu di kawasan berhampiran Pangsapuri Desa Bahagia, di Senandin dekat sini diminta turut menyumbang kepada projek pembinaan persimpangan lampu isyarat bagi memastikan kemudahan jalan raya mampu menampung peningkatan trafik.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, penyediaan infrastruktur berkenaan tidak seharusnya bergantung sepenuhnya kepada peruntukan kerajaan terutama apabila kemudahan itu turut memberikan manfaat kepada kawasan pembangunan pihak swasta.

RAKAM KENANGAN… Lee merakam kenangan bersama-sama penduduk Desa Bahagia Residences di Miri,

Katanya, kerjasama tersebut membolehkan sebuah persimpangan lampu isyarat dibangunkan untuk kegunaan bersama, sekali gus mengelakkan keperluan menyediakan persimpangan berasingan bagi setiap pembangunan.

“Cadangan itu dibincangkan dengan pihak berkaitan bagi mendapatkan penyelesaian yang lebih menyeluruh dengan masalah pergerakan trafik di kawasan tersebut.

“Lampu isyarat itu sudah diluluskan dan Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan sebanyak RM12 juta,” katanya pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Keempat Pangsapuri Desa Bahagia Residences di sini, semalam.

Lee berkata, beliau telah lama memperjuangkan penyediaan lampu isyarat berkenaan berikutan kesukaran pengguna jalan raya yang perlu membuat pusingan U untuk memasuki kawasan berhampiran.

Katanya, memandangkan laluan terbabit merupakan jalan Persekutuan, kelulusan dan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan diperlukan bagi melaksanakan projek tersebut.

Beliau berkata, pihak pemaju juga mempunyai tanggungjawab untuk membantu menyediakan kemudahan infrastruktur yang bersesuaian dengan pembangunan yang dirancang.

“Pendekatan tersebut penting supaya pembangunan baharu tidak menambahkan tekanan rangkaian jalan raya sedia ada,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Lee berkata, beberapa laluan utama di Miri turut dikenal pasti untuk dinaik taraf, termasuk jalan dari Kem Piasau menuju ke hospital yang dicadangkan menjadi jalan berkembar empat lorong.

Beliau turut membangkitkan keperluan menaik taraf laluan menuju ke Miri Medical Centre dan Hospital Miri, selain jalan dari Canada Hill hingga Padang Kerbau.

Sebelum ini, pada Jun 2024, Lee dilaporkan mengadakan perbincangan dengan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkaitan cadangan pembinaan persimpangan T dengan sistem lampu isyarat pintar di Jalan Pintas Miri.

Cadangan tersebut bertujuan memudahkan pergerakan pengguna jalan raya, khususnya mereka yang terpaksa menggunakan laluan pusingan U untuk memasuki kawasan berhampiran.

BERITA LAIN

Kerjasama semua kaum tunjang kemajuan Sarawak

TANJUNG MANIS: Keharmonian masyarakat berbilang kaum dan kestabilan politik mesti dipertahankan bagi memastikan agenda pembangunan Sarawak dapat dilaksanakan secara berterusan, khususnya ketika negeri itu bersiap

BERITA TERBARU

Kimi Selangkah Cipta Sejarah, Hanya Perlu Dua Mata

KUCHING: Kimi Antonelli kini hanya memerlukan dua mata untuk mengesahkan gelaran juara dunia Formula Satu (F1) 2026 selepas menghadiahkan kemenangan kesembilan musim ini buat Mercedes-AMG