ARTIKEL

TERIMA KASIH...Awang Tengah menerima cenderamata daripada Royston dalam Majlis Penyerahan Warta Rizab Komunal Bumiputera (Pertanian) Seksyen 6 dan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak bagi kawasan DUN Tellian, hari ini.

Projek Berimpak Tinggi Berjumlah RM30 Juta di DUN Tellian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Pelaksanaan Skim Pembesaran Kampung (SPK) Tellian Tengah Fasa 1 yang melibatkan peruntukan RM30 juta di bawah Projek Rakyat merupakan manifestasi komitmen Kerajaan Sarawak dalam memperkasa pembangunan di peringkat akar umbi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, inisiatif tersebut merupakan projek pertama yang diluluskan dalam tempoh setahun pertama perkhidmatan beliau sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan.

RAKAM KENANGAN…Awang Tengah, Royston serta tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama-sama penerima dalam majlis tersebut.

“Masih segar dalam ingatan saya, kelulusan SPK ini telah diumumkan oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semasa ucapan penggulungan kementerian beliau pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) empat tahun lalu.

“Pelaksanaan projek ini membuktikan bahawa Kerajaan Sarawak bukan sekadar merancang dasar, malah menterjemahkannya menerusi pelaksanaan di peringkat akar umbi demi manfaat rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Warta Rizab Komunal Bumiputera (Pertanian) Seksyen 6 dan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak bagi kawasan DUN Tellian di Dewan Serbaguna CENTEXS Mukah, hari ini.

Mengulas lanjut, Royston memaklumkan selain SPK, beberapa projek berimpak tinggi lain turut diluluskan dan bakal dilaksanakan di kawasan DUN Tellian.

Antaranya termasuklah projek Tebingan Mukah bernilai RM60 juta serta projek Benteng Hakisan Sungai Tellian dan Sungai Penakub berjumlah RM40 juta yang kesemuanya dijangka bermula pada tahun ini.

Selain itu, terdapat beberapa projek di bawah Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) yang akan dilaksanakan merangkumi Pasar Berintegrasi Mukah bernilai RM40 juta, Medan Selera Kala Dana Mukah (RM31 juta), Anjung Ria Senaga (RM25 juta) dan Benteng Hakisan Pantai Kuala Petanak (RM20 juta).

Di samping itu, pembangunan infrastruktur seperti bekalan air terawat, bekalan elektrik dan jaringan jalan raya yang menghubungkan kawasan pedalaman seperti Nanga Baoh, Ulu Baoh, kawasan seberang Bukit Inkerbai serta Lubok Bemban turut menjadi keutamaan.

Tegas Royston, setiap projek yang dirancang adalah bertujuan untuk menjamin kesejahteraan rakyat di Sarawak secara inklusif.

Menyentuh mengenai majlis tersebut, beliau menjelaskan bahawa pemberian warta rizab komunal dan surat hak milik tanah berkenaan membawa signifikansi besar kepada para penerima.

“Ia bukan sahaja mengiktiraf hak pemilikan tanah secara sah, malah membuka ruang kepada perancangan kediaman yang lebih tersusun, peningkatan nilai aset keluarga serta merangsang peluang ekonomi dan pembangunan setempat demi jaminan masa depan generasi akan datang.

“Segala usaha ini amat bertepatan dengan Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030 yang menjadi kerangka utama pembangunan Sarawak.

“Diharapkan inisiatif ini menjadi pemangkin kepada pembangunan yang lebih mampan, sejahtera dan makmur di DUN Tellian,” tambahnya lagi.

Hadir sama ialah Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Timbalan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Datuk Len Talif Salleh; Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol dan ADUN Balingian, Abdul Yakub Arbi.

BERITA LAIN

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.