ARTIKEL

Projek berskala besar sumber gas aasli

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Banyak lagi projek berskala besar yang berasaskan sumber gas asli akan dilaksanakan di wilayah Sarawak daripada pelabur dalam atau luar negara.

Justeru, ADUN Murum, Kennedy Chukpai Ugon berkata, Rang Undang-undang Pengagihan Gas (Pindaan) 2023 adalah sangat penting bagi Sarawak untuk melantik Agregator Gas nya sendiri bagi mengembangkan dan memudahkan pengagihan gas di Sarawak.

Pada masa sama, ia membolehkan ketersediaan gas kepada industri dan pengguna, yang memerlukan gas untuk perniagaan dan untuk mengukuhkan, menambah baik dan mengembangkan rangkaian dan sistem pengedaran sedia ada.

“Selain menambah baik peruntukan mengenai penguatkuasaan, kesalahan dan kuasa untuk membuat peraturan bagi memastikan tiada kekangan dari segi perlaksanaan dan urus tadbir seliaan dan bekalan berkaitan pengagihan Gas di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perbahasan bagi menyokong RUU yang dibentangkan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Seri Julaihi Narawi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.27 Sebuyau pada persidangan DUN Ke-19, di sini, hari ini.

RUU yang dibentang bertujuan meminda Ordinan Pengagihan Gas 2016 untuk memperuntukkan pelantikan agregator gas bagi mengembangkan dan memudahkan pengagihan gas di Sarawak di samping membolehkan ketersediaan gas kepada industri dan pengguna yang memerlukan gas untuk perniagaan.

Pada masa sama, gas tersebut juga diperlukan bagi mengukuhkan, menambah baik dan mengembangkan rangkaian serta sistem pengedaran sedia ada.

RUU ini juga bertujuan menambah baik peruntukan mengenai penguatkuasaan dan kuasa untuk membuat peraturan.

Kennedy menambah, selaku pemilik sah kepada sumber alam yang berharga, Sarawak memerlukan jaminan bahawa tidak akan wujud tuntutan bertindih daripada pihak ketiga ke atas hasil sumber asli gas di Sarawak seperti yang termaktub dalam Ordinan Perlombongan Minyak Sarawak (OMO) 1958.

Kennedy menyifatkan Sejak Rang Undang-undang Pengagihan Gas diluluskan di DUN pada tahun 2016, Sarawak telah mencapai banyak kemajuan dari segi urus tadbir berkaitan dengan pengagihan gas ini.

Beliau berkata, antaranya berkuat kuasa 1 Januari 2020, melalui Petroleum Sarawak Berhad (PETROS), sebuah syarikat tempatan milik penuh Kerajaan Sarawak mempunyai kawalan dan kuasa penuh ke atas bekalan, jualan serta pengedaran gas asli di Sarawak.

Katanya ia susulan termeterainya Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Petroliam Nasional Berhad (Petronas) berkaitan pengurusan gas domestik di negeri ini.

“Menerusi MOU ini, Petros menjadi entiti tunggal yang membekal, menjual dan menghantar gas domestik ke kediaman, premis perniagaan serta industri di Sarawak yang sekali gus merealisasikan objektif Ordinan Pengedaran Gas 2016.

“Dengan perjanjian ini, Sarawak kini dalam posisi yang kuat bagi meningkatkan daya tarik Sarawak sebagai lokasi tumpuan pelaburan seterusnya meningkatkan pembangunan ekonomi Sarawak bagi mengejar aspirasi sebagai negeri berpendapatan tinggi secara komprehensif menjelang 2030,” katanya

Beliau menambah, pada 7 Disember 2020, Perjanjian Penyelesaian Komersil (CSA) yang ditandatangani Petronas dan Petros juga telah memberi hak kepada syarikat di bawah Kerajaan Negeri Sarawak untuk mengawal selia dan memantau minyak, perlombongan serta penerokaan di semua daratan Sarawak.

Pada masa sama, beliau berkata Petros turut melakar beberapa pencapaian yang membanggakan termasuk kontrak 29 tahun untuk Blok Pesisir Sarawak SK433, Adong Kechil di kawasan Miri-Marudi.

“Selain itu, Petros juga memiliki kepentingan dalam keempat-empat Blok Eksplorasi Baharu di luar pesisir Sarawak dan 1,200 juta kaki padu standard sumber gas asli sehari (MMscf/d) untuk memastikan pertumbuhan hiliran, penjanaan kuasa serta hab petrokimia di Bintulu.

Sementara itu, Kennedy berkata, bagi meneruskan kelangsungan perolehan Kutipan Cukai Jualan Negeri (SST) yang tinggi untuk Sarawak, Petros juga akan melabur RM2 bilion untuk membangunkan loji Tenaga Turbin Gas Kitaran Gabungan Miri (CCGT) 400MW akan datang yang kemudiannya akan membekalkan tenaga melalui penawaran gas asli dengan harga berpatutan, boleh dipercayai dan lebih bersih kepada bandar raya.

Tambahnya, Projek Bintulu-Samalaju Gas Pipeline yang merangkumi saluran paip gas sepanjang 70km dari Bintulu ke Taman Perindustrian Samalaju (SIP) dengan anggaran kos berjumlah RM600 juta pasti akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi Sarawak yang disasarkan siap dan mula beroperasi pada penghujung 2025.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke