ARTIKEL

Datuk Ibrahim Baki. (Foto: Ghazali Bujang)

Projek elektrik Baleh libat kos RM62 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pembinaan Talian Konduktor Berpenebat Voltan Sederhana (MVCC) 33kV Kapit-Baleh dijangka siap pada suku kedua tahun 2027.

Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS), Datuk Ibrahim Baki berkata, projek dengan kos anggaran RM62 juta itu dibiayai oleh Sarawak Energy.

“Kementerian saya melalui Sarawak Energy juga sedang mengkaji kebolehlaksanaan penyambungan grid ke rumah-rumah panjang di sekitar Baleh selepas projek tersebut siap kelak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Baleh, Nicholas Kudi Jantai pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Bagi penempatan Tunoh pula, katanya projek pembinaan MVCC serta pencawang 33/11kV telah dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan peruntukan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13).

Menjawab soalan mengenai penempatan yang terlibat dalam kajian kebolehlaksanaan penyambungan grid ke rumah panjang di sekitar Baleh, beliau berkata antara kawasan yang dikenal pasti ialah Sungai Bena, Nanga Kain, Nanga Bebangan, Nanga Meluan, Gaat, Entawau dan rumah panjang di sepanjang Sungai Baleh.

Selain itu, Ibrahim berkata bagi skim Last Mile yang tidak dapat dilaksanakan di kawasan pedalaman, kementeriannya sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan untuk menaik taraf sistem Skim Elektrifikasi Luar Bandar Alternatif Sarawak (SARES) sedia ada kepada sistem solar hibrid.

Katanya, langkah itu melibatkan kawasan yang sukar diakses dan jauh daripada grid sedia ada.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU