ARTIKEL

TINJAU... Aidel meninjau perkembangan projek jalan baharu Sebuyau-Lingga bersebelahan Jambatan Batang Lupar 1, Sebuyau hari ini. Foto Mohd Alif Noni

Projek Hubungkan Jalan Batang Lupar – Lingga Dijangka Siap Pertengahan 2027

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEBUYAU: Projek pembinaan jalan baharu yang menghubungkan Jambatan Batang Lupar ke Jambatan Batang Lingga sepanjang 28 kilometer dijangka siap pertengahan tahun depan, sekali gus memendekkan masa perjalanan antara kawasan berkenaan kepada kurang 30 minit.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Ir Aidel Lariwoo berkata, projek bernilai RM494 juta itu kini mencapai kemajuan fizikal sebanyak 79.19 peratus walaupun mengalami kelewatan kira-kira enam peratus.

Tambah ADUN Sadong Jaya itu, semua kerja tanah utama disiapkan dan projek kini memasuki fasa menunggu proses penstabilan tanah sebelum pembinaan lapisan jalan diteruskan.

PERKEMBANGAN BAIK… Aidel merakam kenangan bersama-sama petugas lapangan projek jalan baharu Sebuyau-Lingga, hari ini. Foto Mohd Alif Noni

“Projek ini dijangka siap pada pertengahan tahun hadapan, sekitar Jun. Bagaimanapun, jika proses penstabilan tanah dapat diselesaikan lebih awal, projek ini berpotensi disiapkan lebih awal daripada jadual,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau kemajuan projek pembinaan jalan baharu Sebuyau-Lingga, di sini, hari ini.

Menurut Aidel lagi, projek itu menggunakan teknik baharu yang pertama kali dilaksanakan di Sarawak dengan memanfaatkan beg berisi air sebagai pemberat bagi mempercepat proses penstabilan tanah gambut.

LEBIH SINGKAT… Jajaran jalan baharu Sebuyau-Lingga yang sedang dalam pembinaan. Foto Mohd Alif Noni

“Ini merupakan kali pertama teknik ini digunakan oleh pemaju bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan perunding.
Jika terbukti berkesan, ia berpotensi digunakan dalam projek-projek jalan raya yang lain pada masa hadapan,” katanya.

Dalam masa sama, beliau memberitahu, Kerajaan Sarawak turut meneroka penggunaan jalan bertingkat di kawasan tanah gambut sebagai penyelesaian jangka panjang bagi mengurangkan masalah mendapan.

Mengulas lebih lanjut projek berkenaan, Aidel berkata jajaran baharu tersebut amat penting sebagai sebahagian daripada rangkaian Jalan Utama Kedua (Second Trunk Road) dan Jalan Pesisir Sarawak yang akan meningkatkan hubungan kawasan Sri Aman, Lingga, Betong, Samarahan dan Kuching.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU