ARTIKEL

Datuk Ismawi Ismuni

Projek Jalan MMMLL Pacu Pembangunan Utara Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Projek Jalan Miri–Marudi, Mulu (Kuala Melinau) dan Long Panai–Long Lama (MMMLL) dijangka menjadi pemangkin utama pembangunan infrastruktur jalan raya di utara Sarawak, sekali gus membuka laluan baharu ke destinasi pelancongan terkenal, Taman Negara Mulu.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA), Datuk Ismawi Ismuni berkata, projek berimpak tinggi itu diilhamkan sendiri oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Ia bukan sahaja membina laluan darat baharu malah turut memperkukuh jaringan ekonomi antara Miri, Marudi, Long Panai dan Long Lama.

“Pada masa ini belum ada jalan ke Mulu. Oleh itu, pelancong terpaksa menggunakan pesawat sekali gus menghadkan jumlah pengunjung ke kawasan berkenaan,” katanya dalam sesi temu bual khas di sini, hari ini.

Tambah beliau, projek MMMLL ini akan dihubungkan dengan Projek Sarawak–Sabah Link Road Fasa 2 (SSLR2) yang kini dalam pelaksanaan.

“Projek MMMLL akan mewujudkan rangkaian jalan darat dari Miri ke Limbang dan Lawas.

“Justeru, perjalanan dari Miri atau Long Lama ke Limbang dan Lawas boleh dilakukan melalui laluan ini,” jelasnya.

Menjelas lanjut, perjalanan dari Marudi ke Mulu dijangka hanya mengambil masa 90 minit manakala Miri ke Marudi dipendekkan kepada kira-kira 30 minit berbanding lebih sejam 40 minit ketika ini.

“Projek sepanjang 142 kilometer itu dijangka memberi limpahan ekonomi kepada lebih 50,000 penduduk tempatan di sepanjang jajaran termasuk dalam sektor pelancongan, pertanian dan perusahaan kecil.

“Rangkaian jalan ini akan mempercepatkan pergerakan logistik, mengurangkan kos pengangkutan dan pada masa sama menggalakkan lebih ramai pelancong berkunjung ke kawasan tersebut,” ujarnya.

Dalam pada itu, pembukaan laluan baharu ke Gunung Buda dan Mulu turut dijangka merancakkan aktiviti pelancongan di Marudi.

“Ini akan membantu memacu pembangunan sektor makanan, hotel dan pertanian khususnya membantu petani memasarkan hasil ke pekan besar.

“Projek bernilai RM3.8 bilion ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak dan dilaksanakan RECODA dalam tempoh 48 bulan dengan standard jalan R5 bagi jajaran Miri–Marudi dan R3 bagi laluan lain,” tambahnya.

Selain itu, projek ini turut menekankan pematuhan prinsip ESG dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) bagi memastikan kelestarian jangka panjang serta menampilkan elemen kejuruteraan moden seperti penggunaan Pemodelan Maklumat Lebuh Raya (HIM) dan pembinaan jalan bertingkat di kawasan tanah paya.

Tegasnya, pelaksanaan projek juga mengambil pendekatan inklusif.

“Pelaksanaan projek ini turut melibatkan komuniti rumah panjang dan pemimpin tempatan bagi memastikan keperluan rakyat diambil kira termasuk pembinaan spur road ke sekolah dan penempatan.

“Majlis pelancaran rasmi projek MMMLL dijadual disempurnakan Premier Sarawak pada 15 November ini di Light Industrial Estate, Marudi dengan kehadiran lebih 3,000 tetamu termasuk pemimpin tempatan dan penduduk setempat,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU