ARTIKEL

Datuk Lo Khere Chiang. FOTO RAMIDI SUBARI

Projek jejambat Batu 8 masih peringkat awal reka bentuk, kelulusan tapak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Projek pembinaan jejambat di persimpangan Batu 8, Jalan Penrissen di sini kini memasuki proses reka bentuk awal, kelulusan penempatan tapak dan pelantikan perunding, kata Adun Batu Kitang, Datuk Lo Khere Chiang.


Beliau berkata, projek tersebut dianggarkan bernilai RM480 juta dan setelah selesai sepenuhnya akan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas.


“Perunding akan menjalankan reka bentuk terperinci dalam masa beberapa bulan akan datang,” katanya ketika ditemu bual media semasa meninjau tapak pembinaan parit di Batu 9, Jalan Kuching-Serian di sini, hari ini.


Khere Chiang bagaimanapun tidak dapat memastikan tarikh projek tersebut dapat dimulakan. Beliau memberi jaminan bahawa kesesakan lalu lintas dapat diselesaikan apabila jejambat itu siap.


Beliau dalam masa yang sama berterima kasih kepada Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang meluluskan peruntukan untuk merealisasikan projek berkenaan.


Tahun lalu, Khere Chiang ke Sibu untuk bertemu Nanta dan memaklumkan keperluan pembinaan segera jejambat tersebut.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU