Trending

Projek kecil diteruskan di bawah pemantauan SOP

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Beberapa projek bernilai lebih RM20 juta di bawah Parlimen Santubong kini terpaksa ditangguhkan susulan krisis Covid-19 tetapi projek-projek kecil diteruskan di bawah kelolaan JKR mengikut SOP yang ditetapkan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, jumlah itu membabitkan satu kawasan parlimennya dan belum merangkumi kawasan Dun dan parlimen yang lain di seluruh Sarawak.

Beliau berharap agar pada bulan Jun nanti beberapa kelonggaran dapat diberikan kerajaan bagi memastikan projek-projek besar yang telah diluluskan JKR dapat diteruskan pelaksanaannya mengikut SOP yang ditetapkan.

“Di kawasan Parlimen Santubong ini sahaja terdapat beberapa projek diluluskan iaitu projek membina jeti nelayan Kampung Sejingkat, Dewan Kampung Terusan Jaya Sematan dan Jalan Kampung Telok Melano Lundu yang kini kesemuanya belum dilaksanakan kerana Covid-19.

“Ia termasuk projek pembinaan lima masjid dan surau di kawasan Santubong menerusi peruntukan Kerajaan Sarawak berjumlah RM15 juta.

“Kini kontaktor juga belum bersedia untuk ke tapak projek pembinaan,” katanya selepas lawatan beliau ke tapak projek di Kampung Tabuan Selipar Putus semalam.

JKR katanya, merupakan badan yang melaksanakan semua projek mengikut SOP tersendiri.

“Perkara ini dijelaskan dalam jawatankuasa Covid19 di Kuala Lumpur dan sekiranya JKR bersedia dengan SOP baharu, projek boleh dijalankan.

“Namun terdapat kebimbangan dan cabaran akan berlakunya jangkitan kerana sebelum ini berlaku di Kuala Lumpur, 40 pekerja diberhentikan kerana dijangkiti Covid19,” katanya.

Jelasnya, walaupun projek kecil diteruskan tetapi ia dilaksanakan dengan penuh berhati-hati mengikut SOP.

“Jika projek tersebut tidak dilaksanakan pada masa akan datang, maka berpuluhpuluh juta projek di kawasan Santubung ini akan tergendala.

“Ini termasuk projek gereja, chapel, bangunan, dewan, perparitan, longkang dan sebagainya,” ujarnya lagi. Beliau yang juga Ahli Parlimen Santubong yakin pada bulan Jun dan Julai nanti, banyak projek dapat dilaksanakan dan diteruskan seperti biasa.

“Saya berharap kepimpinan kampung termasuk kaunselor memberi keutamaan untuk mengadakan perbincangan dalam melaksanakan projek kritikal dan projek perlu. Mengulas mengenai projek memperluaskan parit sehingga ke kawasan sungai dan jalan utama di Kampung Tabuan Selipar Putus katanya, sebanyak RM10,000 diperuntukan bagi memastikan masalah banjir kilat yang sering berlaku dapat ditangani.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru