ARTIKEL

Pemasangan rasuk-U di Stesen ART SR06 berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK). | Foto: Sarawak Metro

Projek KUTS terus menunjukkan kemajuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pemasangan lebih banyak rasuk-U di Stesen Transit Aliran Autonomi (ART) SR06 berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) menunjukkan perkembangan yang stabil bagi projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS).

Sarawak Metro berkata laluan bertingkat di kedua-dua bahagian yang menghampiri dan meninggalkan stesen itu kini semakin jelas terbentuk.

Menurutnya, Stesen ART SR06 merupakan stesen bertingkat yang akan memberi perkhidmatan kepada LTAK, lengkap dengan jejantas pejalan kaki.

“Ia bertujuan menghubungkan stesen itu terus ke terminal lapangan terbang bagi menyediakan kesalinghubungan yang lancar serta kemudahan yang lebih baik kepada pengguna,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, semalam.

Tambahnya, apabila beroperasi kelak, penumpang akan dapat melakukan perjalanan dengan mudah menggunakan ART antara lapangan terbang, pusat bandar Kuching, Kota Samarahan dan Petra Jaya.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi