ARTIKEL

Wakil BDA merakam gambar bersama Anugerah Merit (Kategori Kerajaan - Inisiatif Hijau) yang diterima pada Anugerah Seni Bina Landskap Malaysia (MLAA) 2026 di Hotel The Majestic, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Projek landskap Pantai Tanjung Batu raih Anugerah Merit MLAA 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Projek pembangunan landskap di Pantai Tanjung Batu menerima pengiktirafan Anugerah Merit bagi Kategori Kerajaan – Inisiatif Hijau pada Anugerah Seni Bina Landskap Malaysia (MLAA) 2026 di Hotel The Majestic, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pengiktirafan tersebut diberikan oleh Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) atas usaha berterusan memelihara alam sekitar dan kecemerlangan reka bentuk landskap pantai.

Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dalam kenyataannya berkata kejayaan tersebut mencerminkan komitmen berterusan pihaknya dalam memperkasa agenda pembangunan bandar lestari dan berdaya huni, selaras dengan usaha memperindah landskap bandar di kawasan Bintulu.

Projek berkenaan turut melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk perancang bandar, arkitek landskap serta komuniti setempat yang bersama-sama menyumbang kepada transformasi Pantai Tanjung Batu sebagai antara destinasi rekreasi ikonik di wilayah berkenaan.

BDA dalam pada itu merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dan menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai pemangkin untuk terus memperkukuh pembangunan bandar yang lebih mampan, inklusif dan mesra alam pada masa hadapan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU