ARTIKEL

Pegawai Khas kepada ADUN Kabong, Nur Elffi Amir ketika sesi lawatan dan libat urus projek naik taraf tapak parkir Pantai Tanjung Kembang. Foto ADUN Kabong

Projek parkir RM1 juta pacu pembangunan pelancongan Pantai Tanjung Kembang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KABONG: Pengunjung ke Pantai Tanjung Kembang di sini bakal menikmati kemudahan lebih selesa apabila kerja menaik taraf tapak parkir bernilai RM1 juta dijangka siap tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong berkata, projek itu dilaksanakan bagi menyediakan kemudahan parkir yang lebih tersusun dan selamat, selaras dengan peningkatan jumlah pengunjung ke pantai berkenaan yang menjadi antara tarikan utama daerah itu.

“Sesi lawatan tapak dan libat urus bagi projek menaik taraf kawasan parkir di Pantai Tanjung Kembang, Kabong telah diadakan hari ini sebagai persiapan awal pelaksanaan projek yang diluluskan di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA).

“Ia melibatkan peruntukan sebanyak RM1 juta dengan harapan apabila siap kelak, kemudahan parkir baharu ini akan memudahkan pengunjung meletakkan kenderaan masing-masing,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, perbincangan ketika ini tertumpu kepada penetapan tapak projek, sempadan kawasan kerja, keperluan teknikal dan penyelarasan antara agensi.

“Cadangan penambahbaikan turut dibincangkan bagi memastikan reka bentuk parkir yang dibangunkan selaras dengan keperluan semasa dan masa hadapan,” katanya.

Menurutnya, pelaksanaan projek itu akan mewujudkan kemudahan parkir yang lebih sistematik sekali gus melancarkan aliran trafik serta meningkatkan keselesaan kepada pengunjung.

Beliau yakin projek berkenaan bakal memberi manfaat besar kepada masyarakat setempat dan menjadi pemangkin pembangunan pelancongan serta ekonomi tempatan di Kabong.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU