ARTIKEL

Len Talif bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas menyempurnakan penyampaian hadiah sempena 'Think and Thinker Mini Lab Bettlefield' TEGAS di TDV, Taman Perindustrian Teknologi Tinggi Samajaya, Kuching, hari ini.

Projek pembangunan TEGAS Lodge Sarawak bernilai RM70 juta dijangka bermula tahun hadapan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Projek pembangunan TEGAS Lodge Sarawak (TLS) dijangka bermula tahun hadapan di atas tanah berkeluasan 15 ekar berhampiran dengan Perkampungan Digital TEGAS (TDV), dekat sini.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh, berkata pihaknya juga sudah memajukan pelan projek tersebut kepada Pihak Berkuasa Perancangan Negeri (SPA) untuk mendapatkan kelulusan.

Katanya, Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada tahun lepas sudah bersetuju secara prinsip agar Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) membangunkan projek tersebut.

“Projek pembinaan bangunan ini, insya-Allah, akan dimulakan tahun hadapan.

“Kita sudah memajukan pelan kepada SPA dan berharap mendapat kelulusannya tahun ini.

“Bangunan TDV yang sedia ada ini telah dibina dengan tanah berkeluasan lima ekar.

“Di kawasan belakangnya ada 15 ekar lagi yang sekali gus akan digunakan untuk membangunkan projek baharu tersebut,” katanya.

Len, yang juga Pengerusi TEGAS, berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan penyampaian hadiah sempena ‘Think and Thinker Mini Lab Bettlefield’ TEGAS di TDV di Taman Perindustrian Teknologi Tinggi Samajaya di sini, hari ini.

Tambahnya, projek yang akan dibina dengan kos kira-kira RM70 juta itu bakal dilengkapi dengan hotel dan dewan, yang dapat memuatkan lebih 500 orang, serta mempunyai prasarana lain seperti gim, spa dan sebagainya.

“Ia sebagai usaha untuk memudahkan para digital nomad, terutama sekali mereka dari luar negara, untuk datang bekerja sambil melawat ke tempat ini.

“Di seluruh dunia sekarang, terutama sekali di Sepanyol, Portugal, Amerika, Bali danSingapura, juga ada digital nomad yang mana mereka dari luar negara boleh menjalankan perniagaan di luar daripada pejabat,” ujarnya.

Dalam hal berkaitan, Len memaklumkan bahawa beliau berharap agar pembinaan projek tersebut nanti mempunyai prinsip atau unsur-unsur Lembah Silikon (Silicon Valley) di Amerika Syarikat.

“Ia penting supaya kita dapat membangunkan tenaga manusia yang berlandas kepada teknologi, termasuk kecerdasan buatan (AI) dan sebagainya,” jelasnya.

Pada tahun lepas, Abang Johari memaklumkan bangunan itu akan dibina di tanah kosong bersebelahan dengan TDV di Taman Perindustrian Teknologi Tinggi Samajaya.

Katanya, bangunan ini juga dijadual dibina dalam tempoh 36 bulan, iaitu tiga tahun, dan ia mungkin yang pertama seumpamanya di Borneo.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU