ARTIKEL

BERUCAP….Abu Bakar berucap dalam Majlis Merarau sempena Lawatan Kedua ke Bahagian Kapit, hari ini. (FOTO: UKAS)

Projek pembangunan yang dirancang dan dijanjikan mesti dilaksanakan dengan segera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KAPIT: Projek pembangunan yang dirancang dan dijanjikan mesti dilaksanakan dengan segera dan penuh tanggungjawab, tidak boleh dibiarkan tergantung tanpa tindakan susulan.

Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, kerjasama daripada semua pihak yang terlibat adalah penting bagi merealisasikan projek pembangunan yang memerlukan pelaksanaan pantas.

“Setiap lawatan ke lapangan bukan setakat kunjungan semata-mata, tetapi mesti disusuli dengan tindakan dan perubahan yang dapat dirasai oleh masyarakat.

“Semua perkara yang dirancang dan dijanjikan perlu dilaksanakan dengan segera tanpa penangguhan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Merarau sempena Lawatan Kedua ke Bahagian Kapit, di Rahmat Cafe, Hotel Meligai Kapit, di sini, hari ini.

RAKAM KENANGAN…Abu Bakar merakam kenangan bersama-sama yang lain dalam majlis tersebut. (FOTO: UKAS)

Sehubungan itu, katanya, Bahagian Pembangunan (BD) diarahkan untuk segera melaksanakan projek-projek yang dikenal pasti bagi memastikan rakyat mendapat manfaat dalam tempoh yang singkat.

Ujarnya, setiap agensi perlu memainkan peranan secara aktif dan bekerjasama secara menyeluruh, tiada ruang untuk kelewatan dan perlu bertindak sebagai satu pasukan.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak termasuk wakil rakyat, penjawat awam dan komuniti setempat seperti Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) atas komitmen yang diberikan.

“Lawatan kerja ke daerah-daerah lain akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai langkah untuk memastikan kesinambungan pelaksanaan dan pemantauan projek pembangunan negeri,” tambahnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU