ARTIKEL

BERCAKAP...Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) Datuk Abang Abdul Wahab Abang Julai

Projek pembinaan menara Masjid Jamek Sarawak bermula Julai ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Proses pembinaan enam menara baharu di pekarangan Masjid Jamek dijangka akan bermula pada bulan hadapan (Julai).

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) Datuk Abang Abdul Wahab Abang Julai berkata, projek tersebut kini dalam proses tender dan setakat ini terdapat kira-kira 26 buah syarikat yang berminat untuk mendapatkan projek itu.

“Tempoh pemilihan syarikat untuk tender telah pun ditutup dan terdapat kira-kira 26 buah syarikat yang telah menunjukkan minat berdaftar untuk mendapatkan projek ini. Sekarang kita sedang meneliti penilaian secara keseluruhan.

“In Shaa Allah, menjelang bulan hadapan usaha mendirikan menara itu akan dimulakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Pengibaran Bendera Festival Maal Hijrah 1447H/2025M di Anjung Utama Masjid Jamek Negeri Sarawak, di sini, hari ini.

Menurutnya, reka bentuk dan konsep struktur binaan menara terbabit yang diilhamkan daripada Hagia Sophia di Istanbul, Turkiye dan Masjid Nabawi di Madinah tidak berubah seperti yang diumumkan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Reka bentuk yang merangkumi empat menara tinggi dan dua menara sederhana masih dikekalkan dan tidak berubah,” katanya.

Terdahulu, pembinaan enam menara itu adalah sebagai usaha untuk memperindah pekarangan Masjid Jamek selepas menara tunggal sedia ada yang berketinggian 99 meter di lokasi terbabit dirobohkan.

Difahamkan, usaha merobohkan menara lama akan mengambil masa kira-kira enam hingga tujuh bulan untuk selesai.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU