ARTIKEL

Dayang Noorazah membentangkan usul penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Mesyuarat Pertama bagi Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, di sini, hari ini.

Projek Penghadang Hakisan Ombak di Pantai Tanjung Riong perlu dipercepat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pelaksanaan Projek Penghadang Hakisan Ombak di Pantai Tanjung Riong, Meludam perlu dipercepat sebelum keadaan menjadi lebih buruk dan akhirnya menyebabkan laluan utama tersebut terputus.

ADUN Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, projek di bawah Kerajaan Persekutuan itu juga bernilai RM17.3 juta dan kini masih dalam fasa perancangan.

Menurutnya, jarak hakisan yang kini dianggarkan kurang 10 meter dari jalan utama Maludam–Semarang bukan lagi boleh dianggap sebagai hakisan biasa dan menjadi ancaman nyata keselamatan rakyat serta kesinambungan jaringan perhubungan utama di kawasan pesisir itu.

“Jika keadaan menjadi lebih buruk, impaknya bukan sahaja menjejaskan hubungan jalan Maludam–Semarang, malah turut memberi kesan besar kepada keseluruhan rangkaian penghubung strategik dari Jambatan Batang Lupar 1 di Triso menuju ke Maludam, dan seterusnya ke Jambatan Batang Saribas 1 menuju ke Pusa.

“Laluan ini merupakan nadi utama pergerakan rakyat, aktiviti ekonomi setempat serta akses harian masyarakat luar bandar di kawasan pesisir. Oleh itu, perhatian dan tindakan segera amat diharapkan demi menjamin keselamatan serta kelangsungan hubungan darat bagi penduduk di kawasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan usul penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Mesyuarat Pertama bagi Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, di sini, hari ini.

Menyentuh isu hakisan tebing Sungai Seduku–Lingga, tambahnya, keadaan di kawasan itu juga semakin membimbangkan dan memerlukan perhatian segera daripada semua pihak berkaitan.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan, perkara ini sebenarnya telah dibangkitkan dalam Persidangan DUN Mei 2025 dan sehingga hari ini rakyat di kawasan amat berharap agar Kerajaan Sarawak bersama-sama agensi pelaksana dapat terus memberi keutamaan isu ini serta mempercepat tindakan mitigasi yang sewajarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU