ARTIKEL

Projek perumahan dibangunkan di Dalat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

OYA: Sebanyak 800 borang dikeluarkan kepada pemohon yang merancang untuk memiliki rumah yang dijangka dibangunkan di kawasan Dalat oleh Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC).

Jurucakap daripada Pejabat Khidmat PBB di sini berkata, sebanyak 1,000 borang permohonan diberikan untuk kawasan Dalat sahaja.

“Setakat ini, kira-kira 800 borang dikeluarkan dan kita yakin baki borang yang ada akan habis dalam tempoh terdekat ini,” katanya.

Pada 2 Disember lalu, HDC mengadakan taklimat di Stadium Perpaduan Dalat mengenai program perumahan dan dihadiri kira-kira 580 penduduk.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah yang merasmikan taklimat itu mendedahkan, lokasi program perumahan dikenal pasti di Dalat.

“Lokasi projek perumahan ini adalah berdekatan dengan Pusat Khidmat Dalat dan Centexs serta Kompleks Kebajikan yang sedang dibangunkan,” katanya lagi.

Fatimah bagaimanapun berkata, program perumahan tersebut dikhususkan kepada kategori B40 sahaja.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU