ARTIKEL

Projek rakyat dipantau rapi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: Projek Rakyat di sekitar Daerah Limbang akan memberi impak besar kepada penduduk di sini sebaik ia siap sepenuhnya.

Menteri Muda Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, rakyat di kawasan terbabit akan mendapat manfaat.

“Kita akan membuat pemantauan rapi projek-projek yang baharu digerakkan semula setelah terhenti akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pemantauan tidak hanya berdasarkan laporan, tetapi kita akan turun padang untuk melihat sendiri perkembangan setiap projek yang dirancang,” katanya semasa lawatan kerja melihat perkembangan projek pertanian di beberapa buah kampung.

Antara kampung yang dilawati ialah Kampung Pandam (projek nanas), Kampung Lubok Piasau (projek nanas) serta Kampung Sungai Poyan dan Jalan Bukit Lubok bagi meninjau masalah saliran dan perpaipan.

Beliau yang juga Adun Bukit Kota diiringi Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denny Ahmad Fauzi, Timbalan Residen Bahagian Limbang Sebi Abang, Jurutera Bahagian Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Bahagian Limbang Anisah Ahmad dan Wakil dari Jabatan Pertanian Bahagian Limbang Christopher Anur Dawat.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU