ARTIKEL

PECAH TANAH…Martin Ben menyempurnakan simbolik pecah tanah padang futsal berbumbung di Kampung Mapu Kijabu.

Projek RM750,000 untuk dua kampung di Serian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Pembinaan projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedup bakal memberi manfaat kepada komuniti di Kampung Mentu Pondok dan Kampung Mapu Kijabu.

Projek yang dilaksanakan itu berjumlah RM750,000, yang melibatkan dua projek.

Projek pertama ialah membina baharu dewan serba guna Kampung Mentu Pondok yang melibatkan dana RTP berjumlah RM400,000, dijangka siap sepenuhnya pada 3 Mac tahun depan.

Selain itu, projek membina padang futsal baharu berbumbung di Kampung Mapu Kijabu dengan peruntukan sebanyak RM350,000 di bawah dana RTP 2024, juga dijangka siap pada 3 Mac 2025.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Martin Ben turut hadir bagi menyaksikan majlis menandatangani Surat Setuju Terima bagi kedua-dua projek tersebut.

Beliau yang juga ADUN Kedup menyempurnakan simbolik pecah tanah padang futsal berbumbung di Kampung Mapu Kijabu.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU