ARTIKEL

Wilfred menyerahkan surat setuju terima bagi projek naik taraf Stadium Bola Keranjang Batu 7, hari ini.

Projek RTP Kota Sentosa Tingkatkan Infrastruktur, Keselesaan dan Keselamatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pelaksanaan projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) yang berteraskan keperluan rakyat dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk terus menjadi keutamaan ADUN Kota Sentosa, Wilfred Yap.

Menurutnya, projek RTP bukan sekadar tertumpu kepada pembangunan fizikal semata-mata, tetapi juga memberi penekanan kepada aspek keselamatan, kebolehcapaian serta keselesaan komuniti setempat, khususnya di Batu 7, Kota Sentosa.

Wilfred memeriksa projek naik taraf laluan pejalan kaki yang siap.

Antara projek terbaharu ialah naik taraf Stadium Bola Keranjang Berbumbung Batu 7 Fasa 2 di bawah RTP 2025 berjumlah RM300,000.

Sehubungan itu, beliau turut menyaksikan penyerahan surat setuju terima kepada kontraktor yang dilantik, An-Nashr Resources, bersama dengan pegawai Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bagi melaksanakan projek berkenaan.

“Naik taraf Fasa 2 dirangka bagi meningkatkan keselesaan pengguna, tahap keselamatan serta aliran trafik di kemudahan sukan komuniti yang sering digunakan oleh penduduk setempat.

“Projek berkenaan bukan sekadar naik taraf infrastruktur, sebaliknya merupakan pelaburan jangka panjang pembangunan belia, keluarga dan kesejahteraan komuniti,” katanya.

Ujarnya, kemudahan sukan yang selesa dan selamat memainkan peranan dalam memupuk gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan sosial dalam kalangan masyarakat.

Dalam pada itu, Wilfred turut melakukan lawatan tapak bagi pemeriksaan akhir projek naik taraf laluan pejalan kaki RTP 2023 di Kota Sentosa, Batu 7.

Projek bernilai RM39,000 itu dilaksanakan bagi meningkatkan tahap keselamatan, kebolehcapaian serta kemudahan berjalan kaki, terutamanya untuk warga emas, pelajar sekolah dan penduduk sekitar.

“Projek yang telah siap ini mencerminkan komitmen kami untuk menjadikan Kota Sentosa lebih selamat, inklusif dan selesa didiami,” tegasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU