ARTIKEL

Yakub menyaksikan penyerahan serah tapak siap projek RTP, semalam.

Projek RTP naik taraf jalan di Kampung Tegak siap lebih awal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Projek Naik Taraf Jalan Ke Rumah-Rumah di Kampung Tegak yang melibatkan lapan buah rumah dengan kos RM100,000 siap sepenuhnya lebih awal daripada jadual ditetapkan.

Projek di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Kerajaan Sarawak itu dilaksanakan oleh Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) dengan Syarikat Berdaya Maju dilantik sebagai kontraktor.

Yakub bersama yang lain meninjau projek RTP yang telah siap dalam majlis tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi berkata, projek berkenaan merupakan sebahagian daripada peruntukan RTP berjumlah RM5 juta yang disediakan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian.

Menurutnya, projek berkenaan pada asalnya dijadualkan siap dalam tempoh tiga bulan, namun kontraktor berjaya menyiapkannya dalam tempoh lebih sebulan.

“Tahniah kontraktor yang telah menyiapkan projek ini lebih cepat daripada jadual.

“Saya berharap pelaksanaan projek tersebut dapat meningkatkan kesejahteraan penduduk setempat, khususnya menerusi penyediaan kemudahan jalan yang lebih baik dan selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Serah Tapak Siap Projek RTP di Kampung Tegak, semalam.

Projek Naik Taraf Jalan ke Rumah-Rumah di Kampung Tegak yang telah siap lebih awal

Sehubungan itu, beliau menyeru penduduk supaya memberikan kerjasama dalam memastikan kemudahan yang disediakan dapat diselenggara serta dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Jelasnya, setakat ini pihaknya hanya menerima maklum balas bahawa rakyat sangat berpuas hati dengan projek tersebut.

Dalam pada itu, peruntukan tersebut turut disediakan untuk kampung-kampung lain di kawasan DUN Balingian bagi memenuhi keperluan pembangunan setempat.

“Pengagihan peruntukan berkenaan dilaksanakan melalui ketua kaum bagi memastikan keperluan penduduk di setiap kampung dapat dikenal pasti dan diberi perhatian sewajarnya.

“Saya berharap pelaksanaan projek RTP berterusan dan dapat membantu meningkatkan kemudahan asas serta kualiti hidup masyarakat luar bandar, khususnya di kawasan ini.

“Terima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana telah memberi peruntukan secara terus kepada wakil rakyat untuk melaksanakan projek RTP ini,” tambahnya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU