ARTIKEL

Projek saliran dan tebatan banjir Sarawak terus diperkasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pelaksanaan projek di bawah Program Lembangan Sungai Sarawak (PLSB) merangkumi Pakej 1, Pakej 2 dan Pakej 3 kini berada dalam fasa pembinaan aktif dengan kesemua komponen dijadualkan siap secara berperingkat antara September 2026 hingga Oktober 2027.

Timbalan Premier, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, pelaksanaan itu sekali gus memperkukuh usaha kerajaan dalam meningkatkan keupayaan pengurusan banjir serta sistem saliran di kawasan berkenaan.

“Dalam perkembangan berkaitan, projek di bawah Program Tebatan Banjir (RTB) di beberapa kawasan utama turut menunjukkan kemajuan positif apabila RTB Sungai Miri dan RTB Limbang sedang giat dilaksanakan, dengan sasaran siap masing-masing pada November 2026 dan suku pertama 2028.

“RTB Kampung Beradek Semilang pula masih berada pada peringkat pra-pelaksanaan sebelum kerja fizikal dimulakan,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, usaha memperkukuh sistem mitigasi banjir di Sarawak turut diperkasakan melalui pelaksanaan sistem ramalan dan amaran banjir di seluruh negeri di bawah Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) oleh Kerajaan Persekutuan.

Katanya, bagi PRAB Fasa 2 yang melibatkan kawasan Batang Rajang dan Sungai Sarawak, projek bernilai RM38 juta itu kini berada pada peringkat penilaian dan dijangka dianugerahkan pada Mei 2026.

“PRAB Fasa 3 pula telah dianugerahkan pada 26 Mac 2026 dengan kos keseluruhan RM169.99 juta, sekali gus memperkukuh sistem amaran awal banjir di Sarawak,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarawak turut diberi tanggungjawab melaksanakan pelbagai projek di bawah agensi pembangunan wilayah di negeri ini.

Katanya, ia termasuk Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA), Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA), Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) dan Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM188.87 juta bagi pelaksanaan 75 projek tebatan banjir dan saliran di seluruh Sarawak.

“Daripada jumlah tersebut, 15 projek telah siap dilaksanakan, manakala baki 60 projek masih berada pada pelbagai peringkat pra-pelaksanaan sebelum kerja fizikal dimulakan,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU