ARTIKEL

Senator Rita merakam gambar bersama jawatankuasa penganjur Pasar Gawai Dayak Bintulu 2025.

Promosikan keterlihatan Pasar Gawai guna Facebook dan TikTok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Senator Rita Sarimah Patrick Insol menggesa lebih ramai wanita dan belia tampil mengkomersialkan produk seperti kek, biskut dan makanan tradisional.

“Saya cabar wanita dalam persatuan hadir hari ini, agar tahun depan tampil sebagai pembekal, bukan sekadar peniaga harian,” katanya.

Dalam ucapannya, beliau turut menekankan kepentingan promosi digital menerusi platform seperti Facebook dan TikTok untuk meningkatkan jangkauan dan keterlihatan Pasar Gawai.

Sebagai komitmen, beliau mengumumkan sumbangan RM15,000 kepada jawatankuasa penganjur sebagai galakan memperkasa program tahunan itu.

Rita turut mencadangkan penambahan aktiviti seperti permainan tradisional bagi menarik minat generasi muda dan memelihara warisan budaya.

Mengulas tema ‘Segulai Sejalai Bedagang’, beliau menyifatkannya sebagai simbol perpaduan masyarakat Dayak yang berganding bahu memajukan ekonomi komuniti.

Senator Rita memukul gong simbolik merasmikan Pasar Gawai Dayak Bintulu 2025.

“Saya bangga melihat 15 persatuan Dayak bersatu menganjurkan Pasar Gawai ini. Semangat seperti ini wajar diperkukuh, bukan hanya dari sudut ekonomi, tetapi juga perpaduan pelbagai suku kaum,” ujarnya.

Pasar Gawai Dayak Bintulu 2025 berlangsung dari 1 hingga 23 Mei, dengan penglibatan 15 persatuan termasuk BANGUN, SADIA, DBNA, SIDS, OUNA, Terabai Menua, DBK, PEMENTAS, PBS, PEDAS, PEMANIS, PKEKS, PKS, PKKDDSB dan KEBANA.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan