ARTIKEL

Prospek ringgit kekal positif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan dalam julat 4.04 hingga 4.07 pada minggu ini dengan keseimbangan risiko cenderung ke arah pengukuhan ringgit ketika pelabur beralih daripada dolar Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan, memberitahu Bernama, hala tuju ringgit akan ditentukan oleh laporan terkini pekerjaan bukan perladangan (NFP) AS yang dapat mempengaruhi jangkaan terhadap tindakan Rizab Persekutuan (Fed) AS.

Beliau berkata, pertumbuhan guna tenaga pada Disember 2025 mencatat 50,000 pekerjaan, lebih rendah daripada jangkaan konsensus sebanyak 60,000.

Semakan bersih bagi dua bulan sebelum ini berkurangan 76,000 pekerjaan, sekali gus mengesahkan bahawa momentum pasaran buruh AS lemah dengan ketara menjelang akhir tahun.

Mohd Sedek berkata, walaupun kadar pengangguran turun walaupun kadar pengangguran susut kepada 4.4 peratus, keadaan itu sebaliknya lebih mencerminkan bekalan tenaga kerja yang lebih terhad berbanding peningkatan pengambilan pekerja.

Perkembangan itu sekali gus mengukuhkan naratif bahawa kelembapan kitaran ekonomi yang lebih perlahan berbanding peningkatan semula pertumbuhan, kata Mohd Sedek.

“Data NFP yang berbeza daripada jangkaan awal itu juga seiringan dengan pandangan kami mengenai kemungkinan Fed tidak akan mengurangkan kadar faedah seterusnya pada mesyuarat bulan ini dan membiarkan kelonggaran itu dilaksanakan kemudiannya apabila keadaan guna tenaga terus perlahan.

“Bersandarkan senario itu selain (faktor) momentum pertumbuhan Malaysia yang mengukuh, kedudukan dagangan yang berdaya tahan serta permintaan domestik yang stabil hanya memberi asas kukuh bagi ringgit,” katanya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah pada minggu lalu dan dibuka pada paras 4.05 berbanding dolar AS pada Isnin, namun susut kepada 4.06 pada pagi Jumaat dan mengakhiri urus niaga pada 4.07.

Berbanding kumpulan mata wang lain, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi pada minggu lalu.

Ini termasuk mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.5805/5848 daripada 2.5817/5848 pada minggu sebelumnya, meningkat berbanding euro kepada 4.7383/7459 daripada 4.7488/7540, namun rendah berbanding pound Britain kepada 5.4579/4666 daripada 5.4509/4569 sebelum ini.

Selain itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara anggota ASEAN yang lain.

Ringgit meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 241.9/242.4 daripada 242.2/242.6 seminggu lalu dan naik berbanding peso Filipina kepada 6.87/6.88 daripada 6.88/6.89, sebelumnya.

Unit tempatan itu susut berbanding baht Thailand kepada 12.9474/9738 daripada 12.8996/9201 pada minggu lalu dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.1629/1682 daripada 3.1502/1540. – Bernama 

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.