ARTIKEL

Proton catat 624 tempahan baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd mencatatkan 624 tempahan baharu menerusi acara tukar beli ‘Trade-in Trade-Up Saturday’ dengan kerjasama syarikat pembidaan dalam talian (EBC) Carsome, baru-baru ini.

Kerjasama pertama kali antara pengeluar peralatan asal (OEM) dengan EBC yang melibatkan 32 cawangan Proton itu menarik perhatian seramai 1,552 pengunjung, dengan 320 pelanggan memilih untuk menukar kenderaan semasa mereka, kata Proton dalam satu kenyataan semalam.

“Carsome juga menjalankan pemeriksaan ke atas 489 unit kenderaan pada hari tersebut, jauh melebihi jangkaan awal sebanyak 320 unit yang ditetapkan sebelum acara itu,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata memandangkan jumlah jualan Proton terus berkembang, syarikat wajar mempertimbangkan cara untuk memudahkan pengambilan, pengedaran dan pelupusan kereta terpakai bagi menyokong tempahan baharu.

“Bahagian pengurusan kereta terpakai kami dibentuk untuk mencapai matlamat ini dan dengan bekerjasama dengan EBC, kami dapat menawarkan proses lebih cekap dan telus yang memudahkan pelanggan ke arah memiliki kereta baharu.

“Dengan lebih banyak pilihan untuk mereka tukar dan beli, adalah penting bagi kami untuk mengekalkan pelanggan semasa kami dalam jenama dan salah satu cara adalah untuk menstabilkan nilai kereta terpakai kami bersamasama rakan kongsi kami,” katanya.

Bagi 2023, pengeluar kereta nasional itu berkata bahagian pengurusan kereta terpakai menerima lebih 4,500 unit kereta melalui 32 cawangannya dan berada di landasan untuk mencipta rekod baharu menjelang akhir tahun.

“Menuju 2024, terdapat rancangan untuk mengembangkan rangkaian kepada 60 cawangan dengan sasaran mencapai sekurang-kurangnya 6,000 unit dengan rancangan untuk menjalankan lebih banyak acara tukar beli pada setiap suku tahun,” katanya. -Bernama

LAIN-LAIN BERITA

Capai sasaran tingkatkan pendapatan komuniti tani

KUCHING: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) serta jabatan dan agensi di bawahnya diseru supaya terus komited dan berdedikasi menyampaikan khidmat kepada rakyat

Lebih 123,000 syarikat berdaftar dengan CIDB

KUALA PERLIS, Perlis: Sejumlah 132,579 syarikat telah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) setakat Januari lepas. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick,

Sasaran perdagangan, pelaburan dapat dicapai

KUALA LUMPUR: Kerajaan optimis sasaran perdagangan dan pelaburan yang ditetapkan untuk tahun ini dapat dicapai meskipun penyusutan nilai semasa ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),

Ekonomi hijau S’wak jadi contoh baik global

KUCHING: Sarawak menunjukkan contoh baik kepada seluruh dunia dalam membangunkan ekonomi hijau, kata Pengerusi Majlis Perdagangan dan Pelaburan Komanwel (CEIC), Lord Jonathan Peter Marland. Lord

BERITA TERBARU

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim