ARTIKEL

FOTO Ihsan JBPM

Proton Saga terbakar, dua maut — polis rayu maklumat awam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KEPALA BATAS: Polis meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan maut membabitkan dua individu di Jalan Permatang Baru, Sungai Lokan di sini supaya tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Anuar Abdul Rahman berkata, dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa dipercayai pemandu dan penumpang rentung selepas kereta yang dinaiki terbakar.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa yang identitinya belum dikenal pasti memandu kereta jenis Proton Saga dan dipercayai dari arah Permatang Tiga menghala ke Sungai Dua.

“Apabila tiba di lokasi, kereta berkenaan disyaki hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh timbunan tanah di kiri jalan sebelum kenderaan itu terbakar.

“Kemalangan telah mengakibatkan dua mangsa, dipercayai pemandu dan penumpang, rentung dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Kepala Batas (HKB) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sehubungan itu, beliau memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian menghubungi BSPT IPD SPU melalui talian 04-5757946 atau hadir ke mana-mana balai polis bagi membantu siasatan. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Gagal Bayar Denda RM10,000, Dua Individu Dipenjara

BAU: Dua individu dihantar ke Penjara Puncak Borneo selepas gagal membayar denda RM10,000 setiap seorang yang dijatuhkan oleh Mahkamah Bau atas kesalahan berkaitan transaksi kewangan,