ARTIKEL

Bomba membantu mengeluarkan mangsa. Foto PGOB Sarawak.

Proton Wira terjunam gaung di jalan Tatau, dua cedera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TATAU: Dua lelaki cedera selepas kereta jenis Proton Wira yang dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Jalan Tatau, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 petang itu, kenderaan yang dalam perjalanan dari arah Sibu menghala ke Tatau dilaporkan terbabas ke bahu kiri jalan sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira tiga meter.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, hasil pemeriksaan awal berdasarkan konsep S.A.V.E.R mendapati seorang mangsa lelaki dewasa berjaya diselamatkan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Tatau untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seorang lagi mangsa dilaporkan tersepit di bawah bahagian belakang kenderaan.

Pasukan bomba yang tiba di lokasi menjalankan operasi menyelamat menggunakan peralatan khas penyelamatan jalan raya (R.T.A).
“Mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan pengusung (stretcher) dan diserahkan kepada petugas kesihatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.54 petang selepas pihak bomba memastikan kawasan kejadian benar-benar selamat dan tiada lagi risiko susulan.

BERITA LAIN

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil