ARTIKEL

PRU-15: PBK tanding tujuh kerusi, enam guna logo PSB

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Parti Bumi Kenyalang (PBK) mengesahkan bertanding di tujuh kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bagaimanapun kata presidennya, Voon Lee Shan, enam kawasan yang ditandingi akan menggunakan logo Parti Sarawak Bersatu (PSB), manakala di Parlimen Mas Gading menggunakan logo PBK.

Antara calon yang telah menerima watikah pelantikan ialah Tomson Ango (Puncak Borneo), Priscilla Lau (Lanang), Leighton Manjah (Bintulu), Sim Min Leong (Mas Gading) dan Soekarno Lanyau (Kanowit).

Lee Shan berkata beliau turut menerima watikah bersama Lue Chieng Hing namun belum memutuskan sama ada bertanding di kerusi Parlimen Bandar Kuching atau Stampin.

“Walaupun saya sudah menerima watikah, namun apa yang lebih penting ialah saya mahu mendapatkan dana terlebih dahulu sebagai deposit.

“Jika tidak, maka saya tidak akan bertanding, perkara itu yang akan diputuskan kemudian. Namun kita tidak akan membiarkan kawasan Bandar Kuching dan Stampin tidak ditandingi,” katanya.

Tegas Lee Shan, kalah atau menang ia perkara kedua, langkah yang diambil ini adalah untuk memenuhi permintaan pengundi yang mahukan PBK turun bertanding dalam PRU-15

Mengulas mengenai penggunaan logo PSB, katanya ia merupakan kerjasama antara PBK dan Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS).

PSB akan bertanding di tujuh kerusi melibatkan Serian (Elsiy Tinggang), Sri Aman (Wilson Entabang), Lubok Antu (Dr Johnical Rayong), Sibu (Datuk Seri Wong Soon Koh), Selangau (Simon Joseph Usau), Miri (Datuk Lawrence Lai) dan Lawas (Baru Bian).

BERITA LAIN

254 projek RTP dilaksana di Machan sejak 2021

KUCHING: Sebanyak 254 projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machan dari 2021 hingga 2026 bagi meningkatkan kemudahan asas

BERITA TERBARU

254 projek RTP dilaksana di Machan sejak 2021

KUCHING: Sebanyak 254 projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machan dari 2021 hingga 2026 bagi meningkatkan kemudahan asas