ARTIKEL

PRU mungkin lebih awal daripada PRN Sarawak — Sim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ZARINA ABDULLAH

KUCHING: Situasi politik di Semenanjung Malaysia kebelakangan ini menunjukkan ketidaktentuan yang semakin membimbangkan sehingga berpotensi menyaksikan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan lebih awal berbanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, Sarawak mesti menolak budaya politik toksik, perpecahan dan polemik seperti yang berlaku di Semenanjung agar  kestabilan politik serta pembangunan negeri terus terpelihara menjelang 2030.

“Sarawak perlu kekal berbeza daripada landskap politik nasional yang semakin memburuk sejak sedekad lalu akibat budaya politik bersifat berpecah-belah dan menjatuhkan sesama sendiri berbanding membina negara.

“Kita perlu menolak budaya politik toksik, politik huru-hara dan parti-parti Semenanjung daripada mempengaruhi Sarawak,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata demikian pada penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negerii (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Menurutnya, rakyat Sarawak termasuk mereka yang berada di luar negeri perlu memainkan peranan masing-masing mempertahankan kestabilan politik negeri termasuk membantu dalam medan media siber.

Mengulas lanjut ujarnya, rakyat Sarawak perlu terus bersatu dan berdiri teguh bersama Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam tempoh kritikal menuju 2030.

“Sarawak sedang melalui pembangunan luar biasa dan memerlukan solidariti seluruh rakyat, justeru perlu sentiasa berwaspada terhadap “anai-anai” dari luar, dari dalam Sarawak, mahupun dalam GPS sendiri.” katanya.

Beliau berkata, kestabilan politik Sarawak ketika ini menjadi faktor utama negeri terus dihormati dan dipandang tinggi.

“Kestabilan politik Sarawak dapat dikekalkan kerana kerajaan negeri tidak dipimpin oleh parti yang sering membawa politik perpecahan.

“Malah, hari ini ramai rakyat kita berbangga menjadi anak jati kerana orang luar mula memandang tinggi dan meletakkan harapan kepada Sarawak,” tegasnya.

BERITA LAIN

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil