ARTIKEL

Abang Johari ketika ditemui pemberita. FOTO: RAMIDI SUBARI

PRU Sarawak Ke-13: Cuaca Sukar Diramal, Namun Bukan Masalah Besar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Faktor cuaca seperti hujan dan jerebu antara perkara yang perlu diberi perhatian menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13, susulan pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkuat kuasa hari ini.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata keadaan cuaca sukar diramalkan, namun beliau tidak melihatnya sebagai masalah besar setakat ini.

“Kita tidak tahu sama ada hujan atau tidak. Jika jerebu teruk atau tidak, kita juga tidak boleh meramalkannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Forum Bandar Sarawak (SUF) 2.0 di Pusat Acara Hikmah Exchange, di sini, hari ini.

Abang Johari pada 23 Oktober lalu mengumumkan pembubaran DUN Sarawak berkuat kuasa 26 Oktober selepas mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bagi memberi laluan kepada PRU Sarawak ke-13.

Selaras dengan Perkara 21(4) Perlembagaan Negeri Sarawak, pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN.

Mengulas kemungkinan masalah logistik seperti kelewatan penghantaran peti undi yang pernah berlaku sebelum ini, Abang Johari menjelaskan keadaan ketika itu berkaitan pandemik COVID-19.

Beliau turut memberi gambaran bahawa isu berkenaan tidak dijangka menjadi masalah besar kali ini, termasuk kebimbangan berkaitan banjir di kawasan pedalaman.

Tarikh penamaan calon dan hari pengundian akan ditentukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dalam tempoh pilihan raya, kerajaan negeri akan berfungsi sebagai kerajaan sementara, manakala pentadbiran awam dan perkhidmatan penting diteruskan bagi memastikan kebajikan rakyat terpelihara.

BERITA LAIN

Projek ART Modenkan Sistem Pengangkutan Awam Sarawak

KUCHING: Pembangunan projek Transit Aliran Autonomi (ART) merupakan pelaburan bagi memastikan pergerakan rakyat lebih lancar, bukannya pembaziran wang, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri

BERITA TERBARU

Projek ART Modenkan Sistem Pengangkutan Awam Sarawak

KUCHING: Pembangunan projek Transit Aliran Autonomi (ART) merupakan pelaburan bagi memastikan pergerakan rakyat lebih lancar, bukannya pembaziran wang, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri