ARTIKEL

Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fatimah Abdullah.

PRU Sarawak Ke-13: Fatimah Harap Semua Calon Wanita Menang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Prestasi dan rekod perkhidmatan yang baik dalam kalangan wakil rakyat wanita mampu membuka lebih banyak peluang kepada wanita lain untuk menceburi bidang politik pada masa hadapan.

Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, calon wanita yang diberikan amanah sebagai wakil rakyat perlu melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti dan komitmen sekiranya berjaya memenangi pilihan raya.

“Rekod perkhidmatan yang baik penting bagi membuktikan kemampuan wanita dalam bidang politik, sekali gus membuka ruang kepada lebih ramai wanita untuk menyertai arena berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima watikah pencalonan Gabungan Parti Sarawak (GPS), di Ibu Pejabat PBB, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai dua calon wanita baharu yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13, Fatimah menegaskan pemilihan sebagai calon merupakan satu amanah besar yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab.

Beliau menambah, semua calon wanita GPS mempunyai kredibiliti dan kemampuan untuk memenangi kerusi yang ditandingi dengan cemerlang.

“Bagaimanapun, kemenangan bukanlah matlamat semata-mata, sebaliknya keutamaan perlu diberikan kepada usaha menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.

Fatimah turut mengingatkan calon wanita supaya sentiasa merendah diri ketika berhadapan dengan rakyat, penduduk dan komuniti.

“Kita mesti ingat bahawa mereka pilih kita untuk berada di sini, justeru perkhidmatan kita untuk mereka dan Sarawak yang kita cintai,” katanya.

Selain peningkatan jumlah calon wanita, beliau turut meluahkan harapan agar semua calon meraih kemenangan dan terus bekerja keras memberikan perkhidmatan kepada kawasan masing-masing.

BERITA LAIN

GPS pilih Kevin di Bawang Assan

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) memilih Pengerusi SUPP Cawangan Bawang Assan, Kevin Lau Kor Jie, sebagai calonnya di kerusi DUN Bawang Assan pada Pilihan Raya

BERITA TERBARU

GPS pilih Kevin di Bawang Assan

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) memilih Pengerusi SUPP Cawangan Bawang Assan, Kevin Lau Kor Jie, sebagai calonnya di kerusi DUN Bawang Assan pada Pilihan Raya