Trending

Puisi Aidilfitri

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KOPI RINDU PAGI SYAWAL

Takbir kemenangan

menyusuk pilu kalbu

manis senyum ibu

larut dalam cangkir kasih

menerpa mendakap ingat

basah sayangnya hinggap di pipi

saat aku mengucup tangan hangat.

Suara ayah mencantas imbasan

dua cawan kopi di tangan

kureguk manis memori

sayang sekali

– dahaga rindu masih

terasa.

JERRAH AMIRAH

Miri, Sarawak

19 April 2023

SYAWAL BERMAKNA

Bergema takbir raya di pagi hari

cahaya Syawal menerangi bumi

kepulangan anak dinanti-nanti

ayah bonda sudah merindui.

Sambut lebaran penuh senang hati

hidangan juadah lazat dinikmati

sanak saudara turut dikunjungi

menambah seri suasana Aidilfitri.

Harap maaf sudi diampuni

moga salah silap dilupai

agar terbina jalinan silaturahim

selamat hari raya maaf zahir dan

batin.

SYUHARA SURIATI

Kota Bharu, Kelantan

2 Mei 2023.

GURINDAM HARI RAYA

Hari Raya rancang secara bijaksana

kelak hutang tiada menjelma.

Pagi Raya berjumpa sanak saudara

kelak ukhuwah kita terjalin mesra.

Nikmati juadah secara bersederhana

supaya kita tidak merana.

Bersalam-salaman sesama kita

persahabatan terjalin keriangan tercipta.

Kunjung-mengunjungi amalan

mulia

menjalin keakraban hidup

di dunia.

Bermain mercun hendaklah

dielakkan

supaya tidak berlaku

kemalangan.

BUNGA MELOR

Rembau, Negeri Sembilan.

PANTUN AIDILFITRI MULIA

Indah banjaran nampak di pekan,

burung tekukur di perdu jati;

hari lebaran kita raikan,

medan syukur sepenuh hati.

Membeli bawal di hujung desa,

cuaca cerah mendung tiada;

takbir Syawal syahdu terasa,

lalu ziarah pusara bonda.

Senyum jejaka di perdu kuini,

bawa berangan makan di taman;

rumah terbuka di sana sini,

rasa hidangan bersama

teman.

Nampak gemerlap

seberang paya,

tenang terasa naik pedati;

memohon maaf resam

mulia,

hindari dosa sucikan hati.

MUSTAFFA SIRAJ

Batu Pahat, Johor

KOPI AIR MATA SYAWAL

Takbir ini bergema

ke segenap ruang bersama

pujian buat yang Esa

bermaafan di Aidilfitri.

Kopi ini

mengungkap cerita

gelombang air mata di pusara

maghfirah didamba meniti syawal

perantau tiada kenal erti nestapa

memanggil rindu tiada bertepi

mengatur diksi ke masa tersisa

seukir kasih menaut sayang.

Menaut ukhuwah

menghindar sengketa

salam istimewa

telah menjelma.

D AIDAN

Endau, Johor

23 April 2023.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Sanggar Puisi

Airul Affendi Ali September 2023 Puchong, Selangor. PANTUN RAKYAT NEGERI

ANAK MERDEKA

MUSALMAH 31 OGOS 2023 Anak Merdeka saban hari, saban purnama

Demi Malaysia

Kita bertiga dalam genggaman setiaberdiri di bawah satu benderadan sebuah

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru