Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

Pukul skandal suami, wanita diperintah bon 6 bulan, jaminan RM3,000

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Gambar hiasan

KUCHING: Dua wanita warga asing masing-masing diperintahkan bon menjaga keamanan selama enam bulan dengan jaminan RM3,000 kerana bergaduh sesama sendiri di tempat letak kereta di kediaman kondominium mewah, Januari lalu.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sandy Yvette Freddy memerintahkan Liu Lili, 50, dari China dan Genevieve Tabayag, 37, dari Filipina selepas masing-masing mengaku bersalah atas satu pertuduhan mengikut Seksyen 67 Kanun Tatacara Jenayah (CPC).

Berdasarkan pertuduhan, mereka bergaduh di kawasan tempat letak sebuah kondominium mewah di Jalan Wan Alwi di sini sekitar jam 10.22 malam pada 8 Januari lepas.

Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian, Liu Lili melihat kereta suaminya lalu menghampiri kenderaan terbabit.

Apabila membuka pintu kereta suaminya, Lili ternampak seorang wanita (Genevieve) sedang bersama suaminya lalu memerintahkan Genevieve keluar dari kenderaan itu.

Lili kemudian terus menumbuk dan memukul Genevieve menggunakan kasut tumit tinggi miliknya seterusnya membawa kepada pergaduhan antara mereka.

Akibat kejadian tersebut Genevieve mengalami kecederaan di bahagian muka, leher, tangan kanan dan paha.

Baca lain  Gotong royong bersih tanah perkuburan Jalan Haji Karim

Selain itu, Genevieve yang bekerja sebagai tukang urut merupakan teman wanita suaminya yang berusia 58 tahun.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang.

Manakala Lili tidak diwakili peguam dan Genevieve diwakili peguam Louis Jarau.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 Jun 2023

Berita Terbaru