ARTIKEL

Pulih ekonomi industri pelancongan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pelepasan cukai untuk industri pelancongan seperti yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) pada 5 Jun lalu mencerminkan keprihatinan terhadap industri tersebut.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan merangkap Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, dengan bantuan daripada kerajaan, industri pelancongan dapat bergerak maju dan pulih lebih cepat daripada yang dijangkakan.

“Segala pakej insentif atau rangsangan bagi mereka dalam industri pelancongan sangat dialu-alukan dalam membantu industri pelancongan yang terjejas akibat wabak Covid-19 ini,” katanya kepada New Sarawak Tribune ketika dihubungi, di sini semalam.

Abdul Karim juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana meneliti situasi sukar yang dihadapi pemain industri pelancongan pada ketika ini.

Untuk mengaktifkan semula aktiviti pelancongan, Muhyiddin pada hari Jumaat ketika mengumumkan PENJANA dengan cukai pelancongan dikecualikan sepenuhnya dari tempoh 1 Julai hingga 30 Jun tahun depan.

Antara pengumuman lain ialah pengecualian cukai perkhidmatan untuk hotel akan dipanjangkan dari 1 September 2020 hingga Jun 2021.

Penangguhan pembayaran ansuran cukai untuk pemain industri pelancongan seperti agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat penerbangan juga dipanjangkan selama tiga bulan lagi dari 1 Oktober hingga 31 Disember tahun ini.

Ia juga termasuk dengan mengecualikan cukai pendapatan peribadi sebanyak RM1,000 yang diberikan untuk perbelanjaan pelancongan domestik akan dilanjutkan hingga 31 Disember 2021.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU