Pupuk kesedaran bahaya kebakaran

BETONG: Seramai 12 kanak-kanak dari Tabika Kemas St. Augustine Betong, Tabika Perumahan Berbangai dan prasekolah Tanjung Assam menyertai Program Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran Bersama Anak-anak Asnaf di BBP Betong, semalam.

Turut bersama-sama dalam program tersebut ialah 20 orang ibu bapa dan guru daripada setiap sekolah yang terlibat.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Zon Tiga Sri Aman PgB Nik Muhammad Afiq Nik Roslan, menjelaskan objektif utama program tersebut ialah memupuk kesedaran orang awam mengenai bahaya kebakaran.

Selain itu katanya, mendekatkan masyarakat dengan Bomba dan menjalin kerjasama erat dengan pihak media.

“Paling penting dalam program ini kita mahu merealisasikan impian dan menghargai kanak-kanak kurang berkemampuan,” katanya.

Sepanjang program itu pelbagai aktiviti diadakan, antaranya pertandingan mewarna, demonstrasi berhenti, rebah dan berguling oleh pihak bomba, pameran jentera bomba, pameran EMRS dan penerangan APA.

Aktiviti yang paling menarik ialah peserta diberi peluang untuk bermain air menggunakan hose reel, menaiki sendiri jentera bomba dan penyerahan Food Ration termasuk pemotongan kek hari jadi bersama-sama.

Suara Sarawak