KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyeru rakyat Sarawak agar terus bersatu hati mengharungi cabaran dengan semangat yang lebih kuat.
Menerusi Facebook rasmi, Tun Wan Junaidi menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baharu 2025 kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Sarawak, dengan harapan dan doa.
“Saya menyeru rakyat Sarawak agar terus bersatu hati dalam mengharungi cabaran, memupuk perpaduan, dan melangkah ke tahun baharu dengan semangat yang lebih kuat demi kesejahteraan bersama,” katanya, hari ini.
Tun Wan Junaidi mendoakan agar tahun baharu ini membawa rahmat Allah S.W.T kepada semua, diiringi kesihatan yang baik, ketenangan hidup, keampunan atas dosa-dosa yang lalu, serta kekuatan keimanan.
“Semoga kita semua dirahmati Allah dalam kehidupan, dianugerahkan kesihatan tubuh badan, diberikan ketenangan hidup, diampunkan segala dosa, diperkukuhkan keimanan, dan diganjarkan dengan syurga Firdaus. Aamiin, Aamiin, Aamiin Ya Rabbal’alamin,” katanya.

