ARTIKEL

Pusat Internet Daerah Bau lahir pengguna internet bijak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Pusat Internet Daerah Bau komited dalam memastikan masyarakat di sekelilingnya sentiasa melayari internet secara selamat.

Justeru, ia telah melaksanakan inisiatif dengan mengadakan Ceramah Klik Dengan Bijak dan Advokasi kepada seramai 50 orang yang terdiri daripada Penghulu, Pemanca dan Ketua Kampung dari Daerah Bau bersempena Jualan Gawai Bau 2019 di Lobuh Bau, di sini hari ini.

Antara topik yang disampaikan adalah Cyber Grooming, Love Scam, Macau Scam, eWaste, Portal SEBENARNYA.MY, penerangan mengenai eKelas, ‘Check your label’ dan kuiz atas talian menggunakan QUIZZIZ.Com.

Objektif ceramah yang sudah sering diadakan sebelum ini adalah untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baharu.

Selain itu adalah bagi memberi pendidikan kepada para pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri dan mewujudkan persekitaran yang selamat bagi pengguna ketika melayari internet.

Pusat Internet Daerah Bau terdiri daripada Pusat Internet (PI) Skio, PI Serasot, PI Krokong, PI Tg Bowang, PI Sibuluh dan PI Bogag.

(dari kiri) Pengurus PI Krokong Francisca Nijit, pengurus PI Bogag Laila Ahniaw, pengurus PI Bowang Alfrena Ann Jeris, pengurus PI Skio Christine Fiona Dolin, pengurus PI Sibuluh Devon Raymond dan pengurus PI Serasot Benjamin Asin selepas menyampaikan Ceramah Klik Dengan Bijak dan Advokasi bersempena Jualan Gawai Bau 2018 di Lobuh Bau, di sini hari ini.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU