ARTIKEL

Pusat pengumpulan sumbangan di Pejabat JKM daerah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah akan dijadikan pusat pengumpulan bekalan makanan yang disumbangkan oleh pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kepada golongan yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia bertujuan mengurangkan pergerakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak tersebut.

“Banyak NGO yang tampil ke depan dengan menghantar makanan dari rumah ke rumah dan pihak kerajaan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan mereka.

“Walaupun begitu, bagi mengurangkan pergerakan sewaktu PKP, kita tidak boleh membenarkan mereka (NGO) keluar sewenang-wenangnya,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Justeru, kerajaan menasihatkan pihak NGO supaya menghantar bekalan makanan yang ingin disumbangkan ke JKM di setiap daerah.

Ismail Sabri menjelaskan bekalan makanan dan sumbangan itu pula akan diedarkan oleh pihak RELA dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada golongan sasaran. – Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU