MIRI: vivo Malaysia hari ini meraikan pembukaan rasmi Pusat Servis & Pengalaman vivo yang baharu di Permaisuri Mall, Miri.
Majlis pelancaran tersebut menghimpunkan pihak media, rakan niaga , dan pelanggan untuk menikmati promosi eksklusif, aktiviti interaktif, serta pengenalan telefon pintar terbaharu vivo iaitu vivo V60 Lite 5G.

Majlis perasmian turut dimeriahkan dengan persembahan tarian pembukaan, upacara pemotongan reben, persembahan nyanyiansecara langsung, serta pelbagai aktiviti interaktif.
Antaranya termasuk Jualan Pantas ‘PowerBank’ RM1, Sesi Cabutan Bertuah dan Tawaran Hebat dengan diskaun sehingga 50% untuk telefon pintar vivo.

Tumpuan utama acara adalah vivo V60 Lite 5G, yang kini boleh ditempah awal di seluruh negara.
Dilengkapi dengan sensor Sony IMX882 50MP dan AI Master Aura Light Potrait, peranti ini mampu menghasilkan potret yang menakjubkan dalam apa jua keadaan pencahayaan.
Dengan pensijilan gred ketenteraan, perlindungan kaca Shield Glass, serta ujian jatuh dan tekanan lima bintang oleh SGS, vivo V60 Lite 5G menggabungkan ketahanan tinggi dengan rekaan bergaya, menjadikannya teman sempurna untuk merakam detik kehidupan siang dan malam.

Dari 18 Oktober hingga 30 November 2025, pelanggan yang membuat pra tempahan vivo V60 Lite 5G di mana-mana cawangan vivo akan menerima set hadiah eksklusif bernilai sehingga RM1,070. Pakej termasuklah lanjutan jaminan, perlindungan skrin retak , set hadiah edisi khas “Holiday Vibes”, rebat tunai sehingga Rm300, serta pelan ansuran tanpa faedah(0%).
Majlis pembukaan juga terdapat Cabutan Bertuah dengan hadiah menarik seperti vivo X90 dan vivo V40, sekali gus menambah kemeriahan dan keterujaan dalam kalangan pengunjung yang hadir.
Lokasi:
vivo Experience and Service Centre, Permaisuri Mall Miri
Lot SF-21, Second Floor, Permaisuri Imperial City Mall, Jalan Merpati, 98000 Miri, Sarawak

Ketersediaan
Bermula hari ini, vivo V60 Lite 5G boleh dimiliki dari RM1,199 unutk versi 8GB + 256GB dan RM1,499 untuk versi 12GB + 512GB. Untuk lebih lanjut, layari https://www.vivo.com/my






