ARTIKEL

Hebahan mengenai Ceramah Komuniti: Kesihatan Mental dalam Kalangan Warga Emas.

Pustaka Miri anjur ceramah kesihatan mental warga emas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Golongan warga emas berhadapan dengan keuzuran serta mudah terdedah dengan masalah kesihatan sama ada fizikal mahupun mental.

Mereka cenderung menghadapi cabaran kesihatan mental yang serius seperti kemurungan, kesunyian serta kebimbangan.

Justeru, sokongan sosial amatlah diperlukan untuk mereka menjalani kehidupan seharian.

Oleh itu, Pustaka Negeri Sarawak cawangan Miri dengan kerjasama Hospital Miri mengambil inisiatif dengan mengadakan Ceramah Komuniti: Kesihatan Mental dalam Kalangan Warga Emas.

Pegawai Perubatan dari Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Miri Dr Chong Li She akan mengendalikan ceramah tersebut dan akan menerangkan beberapa faktor yang mempengaruhi kesihatan mental dalam kalangan warga emas.

Di samping itu, ceramah ini juga bertujuan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat umum akan kepentingan menjaga kesihatan mental warga emas.

Ia akan diadakan di bilik Audio Visual, Pustaka Miri bermula dari pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang pada 23 Oktober ini.

Sehubungan itu, Pustaka Miri menjemput orang ramai yang berminat untuk mengetahui atau mengenali lebih lanjut akan kesihatan mental dalam kalangan warga emas untuk hadir pada hari tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pustaka Miri di talian 085-422525 atau layari media sosial rasmi mereka.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU