ARTIKEL

RAKAM KENANGAN….Penganjur merakam kenangan bersama-sama yang lain dalam jerayawara tersebut.

Pustaka Negeri Sarawak Perkukuh Komuniti Melalui Jerayawara Sarawak Lestari 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LAWAS: Pustaka Negeri Sarawak terus memperkukuh peranannya sebagai agen perubahan komuniti melalui penganjuran Jerayawara Sarawak Lestari 2025 di Kampung Buduk Nur, Ba’Kelalan, baru-baru ini.

Program yang berlangsung selama dua hari itu merupakan inisiatif advokasi Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang dilaksanakan oleh Pustaka Negeri Sarawak selaras dengan Kerajaan Sarawak.

Majlis penutupan program tersebut disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) Pustaka Negeri Sarawak, Wan Mazli Wan Razali.

Beliau menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan program tersebut berjalan dengan lancar.

“Terima kasih kepada semua termasuk pemimpin masyarakat, agensi kerajaan, rakan kolaborasi serta penduduk setempat atas sokongan dan penyertaan aktif sepanjang program berlangsung,” katanya.

Sehubungan itu, antara pengisian program sepanjang jerayawara tersebut termasuklah sesi literasi maklumat, bengkel komuniti, eksplorasi komuniti lestari, ceramah, pertandingan, pameran jabatan dan agensi, pemeriksaan kesihatan serta pelbagai aktiviti interaktif melibatkan semua lapisan masyarakat.

Pendekatan inklusif ini bertujuan membantu komuniti memahami peranan mereka dalam memastikan pembangunan yang seimbang dari aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar.

Kerjasama strategik pelbagai pihak termasuk Pejabat Daerah Lawas, Jawatankuasa Kemajuan Kampung Buduk Nur, Majlis Daerah Lawas, Pejabat Kesihatan Daerah Lawas, Lembaga Kemajuan Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Universiti Malaysia Sabah serta Majlis Amanah Rakyat Daerah Limbang dan Lawas telah memastikan kelancaran sekali gus mencapai objektif program ini.

Justeru, diharapkan Jerayawara Sarawak Lestari 2025 di Ba’Kelalan ini dapat menjadi contoh amalan terbaik dalam memperkasa komuniti luar bandar agar lebih celik maklumat, proaktif dan komited terhadap agenda pembangunan mampan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pustaka Negeri Sarawak, Miri di talian 085-422525 atau layari laman web rasmi serta platform media sosial Pustaka Negeri Sarawak.

BERITA LAIN

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali