ARTIKEL

Putera Harry kembali menetap di UK

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Putera Harry dan Meghan, Duke dan Duchess of Sussex, merancang untuk kembali menetap di United Kingdom (UK) bersama dua anak mereka pada akhir bulan ini, lapor Anadolu Ajansi memetik media Britain pada Rabu.

Pasangan itu berhasrat berpindah dari Amerika Syarikat (AS) ke sebuah kediaman persendirian yang bukan milik keluarga diraja di luar London, lapor BBC memetik sumber yang mengetahui rancangan mereka.

Rancangan perpindahan itu pertama kali dilaporkan The Daily Telegraph dan The Sun.

Anak mereka, Putera Archie, 7, dan Puteri Lilibet, 5, dijangka mula bersekolah di Britain pada September, menurut laporan berkenaan.

Raja Charles III telah disembah maklum mengenai rancangan perpindahan itu pada Ahad, manakala Putera William dan Catherine, Puteri Wales, turut dimaklumkan mengenai rancangan pasangan berkenaan, menurut laporan itu.

Buat masa ini, tiada rancangan untuk Harry atau Meghan menyambung semula peranan rasmi sebagai anggota kerabat diraja. Rancangan untuk kembali menetap di UK itu menandakan perkembangan penting bagi pasangan Sussex itu, yang berpindah ke Amerika Syarikat selepas berundur daripada tugas diraja pada awal 2020. – Bernama-Anadolu

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan