ARTIKEL

Putin mohon maaf, ucap takziah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin pada Sabtu menghubungi Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev berkenaan kemalangan pesawat Azerbaijan Airlines di Kazakhstan minggu ini, menyampaikan permohonan maaf dan ucapan takziah, lapor Agensi Anadolu.

“Vladimir Putin memohon maaf atas kejadian tragik yang berlaku di ruang udara Rusia dan sekali lagi menyampaikan ucapan takziah yang mendalam dan ikhlas kepada keluarga mangsa serta mengharapkan pemulihan segera kepada yang cedera,” menurut kenyataan Kremlin.

Putin menegaskan bahawa pesawat penumpang Azerbaijan itu membuat beberapa percubaan untuk mendarat di bandar Grozny, Chechnya, pada ketika sistem pertahanan udara Rusia sedang bertindak balas terhadap serangan dron Ukraine.

Beliau memberitahu Aliyev bahawa Jawatankuasa Siasatan Rusia telah memulakan kes di bawah Perkara 263 Kanun Jenayah, yang meliputi pelanggaran keselamatan trafik udara dan peraturan operasi.

“Tindakan siasatan awal sedang dijalankan, dengan pakar awam dan tentera sedang dirujuk,” tambah kenyataan itu

Pada Rabu, pesawat Azerbaijan Airlines yang membawa 67 orang dari ibu negara Azerbaijan, Baku, ke Grozny terhempas berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan, mengorbankan 38 orang manakala 29 terselamat.

Dua wakil dari Pejabat Pendakwa Raya Azerbaijan kini berada di Grozny, bekerjasama dengan pegawai Rusia dari Pejabat Pendakwa Raya dan Jawatankuasa Siasatan.

Pelbagai perkhidmatan dari Rusia, Azerbaijan dan Kazakhstan sedang menyelaras rapat di tapak kemalangan berhampiran Aktau untuk menguruskan kesan bencana itu.

Sementara itu, perkhidmatan media Presiden Azerbaijan mengesahkan bahawa Presiden Rusia Vladimir Putin, telah menghubungi Presiden Ilham Aliyev untuk menyampaikan permohonan maafnya berikutan insiden tragis yang melibatkan pesawat Azerbaijan Airlines, lapor AA.

Menurut kenyataan itu, Aliyev menegaskan bahawa pesawat penumpang Azerbaijan Airlines telah menghadapi gangguan fizikal dan teknikal luaran semasa berada di ruang udara Rusia, khususnya di Chechnya.

Gangguan ini menyebabkan pesawat kehilangan kawalan sepenuhnya, memaksanya melencong ke Aktau, Kazakhstan, yang pesawat itu berjaya mendarat dengan selamat berkat keberanian dan profesionalisme luar biasa juruterbangnya, menurut kenyataan itu. – Bernama

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU